resepi bubur krong krang

Kalau anda suka mencuba pencuci mulut unik dari negara jiran, apa kata cuba resepi Bubur Krong Krang atau ada juga yang memanggilnya kuih siput Thai yang menarik ini.

Bubur Krong Krang ialah sejenis pencuci mulut tradisional dari Thailand yang menggunakan tepung ubi. Ia terkenal dengan bentuknya yang kecil dan beralur kerana doh biasanya dibentuk menggunakan acuan kuih siput.

Farida Eida berkongsi resepi Bubur Krong Krang yang membuatkan ramai teruja. Bukan saja comel berwarna-warni, tapi juga nampak sedap. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kuih Lapis Thai, Punyalah Cantik Molek Sampai Sayang Nak Makan

RESEPI BUBUR KRONG KRANG

resepi bubur krong krang

Bahan-bahan untuk doh:

  • Tepung ubi
  • Air panas (betul-betul mendidih)
  • Pewarna pilihan (jika mahu)
  • Acuan kuih siput

Bahan-bahan untuk kuah:

  • Santan
  • Gula (gula pasir atau gula perang, ikut citarasa)

resepi bubur krong krang

Cara-cara buat:

1. Masukkan air panas mendidih ke dalam tepung ubi.

2. Uli sehingga doh menjadi lembut dan tidak melekat pada tangan (guna senduk jika takut panas).

3. Jika mahu warna-warni, bahagikan doh dan masukkan pewarna kegemaran anda.

4. Ambil sedikit doh dan tekan pada acuan kuih siput untuk mendapatkan bentuk beralur yang cantik.

5. Didihkan air dalam periuk.

6. Rebus doh yang telah dibentuk sehingga ia timbul, tanda sudah masak.

7. Angkat dan terus masukkan ke dalam air sejuk supaya teksturnya lebih kenyal.

8. Masukkan santan dan gula ke dalam periuk.

9. Didihkan perlahan-lahan sambil dikacau agar tidak pecah minyak.

10. Setelah siap, masukkan kuih krong krang yang telah ditos dan sejat airnya.

Resepi Bubur Krong Krang sesuai untuk mereka yang sukakan pencuci mulut lembut, kenyal dan berlemak santan. Kalau hidangkan untuk tetamu, pasti mereka menyukainya.

Selamat mencuba!

Sumber: Farida Eida

Baca juga: Cara Orang Thailand Buat Pisang Goreng Bijan, Salut Nipis Tapi Garing Sampai Ke Malam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN