cara buang hanyir ikan

Sesetengah orang kurang selesa bila nak masak ikan, lebih-lebih lagi ikan sungai yang biasanya ada lendir dan bau kuat. Oleh itu, penting untuk tahu cara buang hanyir ikan yang berkesan.

Dengan menggunakan beberapa cara buang hanyir ikan ini, anda boleh membersihkan ikan dengan lebih mudah dan cepat dimasak. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Petua Nasi Impit Tahan Lama Dan Tak Cepat Basi, Kekal Lembut Berhari-Hari!

13 CARA BUANG HANYIR IKAN

cara buang hanyir ikan

Kredit gambar: PnSyuhaida dari Lemon8

1. Bersihkan ikan dulu.

Sebelum mencuba apa-apa petua, pastikan ikan dibersihkan dengan betul. Buang organ dalaman, insang, ketulan darah dan membran putih yang ada di dalam ikan.

2. Bilas dengan cuka makanan.

Cuka makanan boleh bantu hilangkan hanyir dengan cepat. Cukup bilas dan sental sekejap, kemudian basuh. Ingat, jangan biarkan cuka terlalu lama.

3. Perap dengan tepung gandum atau tepung beras.

Tabur tepung pada ikan, biarkan 15 hingga 30 minit, kemudian bilas. Tepung membantu mengangkat lendir dan membuat ikan lebih bersih sebelum digoreng.

4. Ramaskan dengan daun serai.

Daun serai bukan sahaja wangi, malah teksturnya yang sedikit kasar membantu menyingkirkan lendir. Potong daun serai, ramas, dan gaul pada ikan sebelum bilas.

5. Lumur daun pisang atau daun jambu.

Cara buang hanyir ikan paling mudah dan semula jadi. Carik-carik daun pisang atau daun jambu dan lumurkan pada ikan. Lendir akan tertanggal dan bau hanyir pun berkurang.

6. Gosok dengan garam dan limau kasturi.

Gosok ikan dengan garam kasar dahulu. Jika masih ada lendir, campurkan 3 sudu besar garam dengan perahan limau kasturi, ratakan ke seluruh badan ikan dan perap selama 15 minit. Selepas itu bilas bersih.

cara buang hanyir ikan

Kredit gambar: AwynOthman dari Lemon8

7. Perap asam jawa.

Asam jawa antara salah satu cara buang hanyir ikan secara semula jadi. Lumurkan asam jawa pada ikan dan perap sekejap sebelum bilas.

8. Pes campuran kunyit, garam dan tepung jagung.

Campurkan serbuk kunyit, garam dan tepung jagung. Sapu pada ikan dan perap 30 minit. Boleh bilas atau terus goreng ikut selera.

9. Air basuhan beras.

Jangan buang air basuhan beras. Ia boleh digunakan untuk membersihkan ikan. Lendir akan mudah hilang dan bau hanyir berkurangan.

10. Rendam dalam susu.

Masukkan ikan dalam susu seketika. Kandungan casein dalam susu membantu meneutralkan bau hanyir. Kemudian bilas dengan air bersih.

11. Perap dengan halia.

Halia bukan sahaja menambahkan aroma segar tetapi juga membantu menghilangkan toksin. Cincang halia dan sapu pada ikan, biarkan 30 minit sebelum basuh.

12. Sapu minyak bijan.

Minyak bijan boleh menyamarkan bau hanyir dengan cepat. Sapu sedikit pada ikan dan biarkan seketika sebelum dicuci.

13. Titiskan lemon atau limau purut.

Jus lemon atau limau purut juga antara cara buang hanyir ikan yang berkesan. Titiskan sedikit pada ikan, biarkan meresap, kemudian bilas bersih.

Jika anda belum bersedia memasak ikan, simpan sahaja ikan dalam bahagian sejuk beku. Lendir akan menjadi ais dan lebih mudah dibersihkan nanti.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: PnSyuhaida, AwynOthman dari Lemon8

Sumber: umpan.com.my

Baca juga: 13 Petua Lembutkan Daging Yang Liat, Rupanya Ramai Tak Tahu Tips No. 5 Paling Berkesan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN