
Kuih tradisional memang tak pernah lapuk dek zaman. Sampai sekarang, ramai yang suka cara buat Kuih Ropa yang cukup popular di negeri Terengganu.
Dengan kulit nipis yang lembut serta inti yang padat dan berempah, kuih ini sesuai dijadikan sarapan, minum petang atau sajian ketika berkumpul bersama keluarga.
Cara buat Kuih Ropa ini dikongsikan oleh Pn Habsah Ngah di Facebook, lengkap dengan langkah demi langkah yang jelas. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Goreng Popia Carbonara Supaya Tak Pecah, Confirm Inti Tak Meletup!
CARA BUAT KUIH ROPA

Bahan-bahan inti kentang sardin:
- 10 biji kentang (dipotong dadu)
- 2 biji bawang besar (diracik kasar)
- 5 ulas bawang putih (diracik kasar)
- Sedikit minyak masak
- ½ cawan air
- 3 sudu besar rempah kari
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 tin kecil sardin
- 2 sudu besar tepung gandum
Cara-cara menyediakan inti:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan ½ cawan air, kemudian masukkan rempah kari. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan sardin dan hancurkan isi ikannya. Kacau rata.
5. Masukkan kentang dan tambah air sehingga kentang hampir tenggelam sahaja.
6. Kacau selalu hingga kentang empuk dan inti menjadi kering serta pekat.
7. Taburkan 2 sudu besar tepung gandum, gaul hingga sebati.
8. Tutup api dan biarkan inti sejuk sebelum digunakan.

Bahan-bahan kulit kuih ropa:
- 3 cawan tepung gandum
- 4 cawan air (atau ikut kepekatan sesuai)
- Sedikit garam
- 3 sudu besar minyak masak
- 1 biji telur gred A
Cara-cara menyediakan kulit:
1. Campurkan semua bahan dan kacau hingga adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
2. Panaskan kuali tanpa minyak kerana minyak sudah ada dalam adunan.
3. Tuang adunan nipis seperti membuat lempeng.
4. Guna api perlahan dan tidak perlu terbalikkan permukaan atas.
5. Ulang hingga adunan habis. Anggaran dapat sekitar 20 keping kulit.

Cara menggulung dan menggoreng kuih ropa:
1. Letakkan inti di atas kulit dan leperkan sedikit.
2. Gulung seperti popia, tetapi bentuk bantal (bukan bulat).
3. Goreng dengan minyak yang sedikit sahaja.
4. Terbalikkan selalu supaya masak sekata dengan api sederhana.
5. Angkat bila keemasan dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Pn Habsah Ngah
Baca juga: Cara Buat Karipap Berjerawat Rangup Menjadi, Rahsianya Ada Pada Bahan ‘Ini’!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














