
Kalau anda tengah mencari aktiviti hujung minggu yang bermanfaat dan menyeronokkan untuk seisi keluarga, kami ada berita best nak dikongsikan iaitu Karnival Zakat Selangor 2025 kembali lagi!
Bermula 27 hingga 29 November 2025, bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, karnival ini dibuka dari 9 pagi sampai 9 malam, dan yang paling penting… masuk adalah percuma!
LEBIH 150 PEMPAMER MENANTI

Tahun ini, karnival ini tampil lebih besar dengan lebih 150 pempamer daripada agensi kerajaan, syarikat swasta, industri dan usahawan tempatan.
Pengunjung boleh singgah ke pelbagai booth interaktif untuk belajar tentang program, perkhidmatan, peluang kerjaya dan banyak lagi. Lebih menarik, anda juga berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi memahami dengan lebih jelas tentang peranan, bantuan atau program zakat.
Sambil jalan-jalan pun boleh tambah ilmu. Best kan?
1,500 PELUANG KERJAYA DI KARNIVAL i-Kerjaya

Salah satu tarikan utama tahun ini ialah Karnival i-Kerjaya, yang menawarkan lebih 1,500 peluang pekerjaan daripada 20 majikan dalam pelbagai sektor seperti:
-
Perkhidmatan
-
Makanan & minuman
-
Perdagangan
-
Automotif
-
Pembuatan
Inisiatif ini terbuka kepada semua, dengan keutamaan kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf berdaftar untuk membantu mereka mencari kerjaya lebih stabil.
Karnival ini juga memang sesuai untuk seluruh keluarga. Antara aktiviti yang disediakan termasuklah:
- Sukaneka rakyat
- Zakat Run
- Zon E-Sports & VR Spot
- Food Festival & Jualan Rahmah
- Cabutan bertuah setiap hari
Kanak-kanak pun pasti seronok sebab maskot Omar & Hana akan muncul memeriahkan suasana! Ada juga pertandingan mewarna dan Recycle Corner untuk aktiviti tambahan.
Kalau anda nak dengar perkongsian santai tapi penuh nilai, jangan lepaskan Forum Perdana yang mengetengahkan topik berkaitan kehidupan dan kekeluargaan dalam gaya penyampaian yang mudah difahami.
HADIAH, CENDERAHATI & KEMPEN HUJUNG TAHUN
Pengunjung yang mendaftar di lokasi akan menerima cenderahati eksklusif LZS.
Dan yang paling menarik, sempena Kempen Hujung Tahun LZS, ada 3 buah motosikal yang bakal diberikan kepada pengunjung bertuah!
Bukan itu sahaja, turut disediakan kaunter bancian asnaf, semakan bantuan serta perkhidmatan taksir dan bayaran
zakat bagi memudahkan urusan pengunjung sepanjang karnival.
JOM DATANG BERAMAI-RAMAI!
Karnival Zakat Selangor 2025 terbuka kepada semua rakyat Selangor dan kawasan sekitar. Jangan lupa ajak keluarga, jiran dan kawan-kawan untuk isi hujung minggu dengan aktiviti yang seronok dan bermanfaat.
Untuk info terkini, jangan lupa follow media sosial rasmi Lembaga Zakat Selangor di Facebook, Instagram dan TikTok.
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














