cara buat kek minyak

Kalau anda sedang mencari pencuci mulut yang simple untuk memikat selera orang tersayang, kami cadangkan anda cuba cara buat Kek Minyak Kukus yang hasilnya gebu gebas.

Nak buat kek yang sedap, anda boleh ikut resipi Kek Minyak Kukus oleh Pokwan Lemang ini. Walaupun ringkas, hasilnya lembut, moist dan gebu. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Kek Gula Hangus Mudah Tanpa Peram, Teknik Cepat Tapi Tetap Cantik Sarangnya

CARA BUAT KEK MINYAK KUKUS

cara buat kek minyak

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur
  • 1 cawan susu pekat
  • ½ cawan gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil ovalete
  • Sedikit esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Pewarna makanan (pilihan)

Cara-cara membuat:

  1. Masukkan telur, gula, susu pekat, minyak masak, ovalete dan esen vanilla ke dalam blender. Kisar sehingga adunan menjadi putih dan gebu.
  2. Tuang adunan yang dikisar ke dalam mangkuk besar. Masukkan tepung gandum dan baking powder, kemudian kacau perlahan sehingga sebati dan tidak berketul.
  3. Pisahkan adunan kepada beberapa bahagian kecil. Tambah pewarna pilihan anda pada setiap bahagian.
  4. Sapu minyak pada acuan untuk memudahkan kek dikeluarkan. Tuang adunan secara berselang-seli untuk menghasilkan corak yang menarik.
  5. Kukus selama kira-kira 45 minit. Pastikan penutup dibalut dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke atas kek.
  6. Biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum mengeluarkannya daripada acuan supaya bentuknya kekal cantik.

Cara buat Kek Minyak Kukus ini sangat sesuai untuk sesiapa yang baru belajar membuat kek. Hasilnya lembut, moist dan berwarna-warni yang cukup menggoda mata serta selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Pokwan Lemang

Baca juga: Resepi Kek Suji Gebu & Wangi, Punyalah Sedap Sampai Tak Cukup Sepotong!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN