masakan yang mudah & ringkas

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Koey Teow Goreng

masakan yang mudah & ringkas

BAHAN-BAHAN

  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu cili kering dikisar/ cili boh
    * siapa yang suke pedas, tambah la lebih
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap manis, kicap masin
    * kicap ape2 jename pun boleh
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • sedikit air
  • segenggam taugeh *lebih pun sodap!
  • segenggam daun kucai
  • sedikit daun sup/ daun bawang
  • bawang goreng
  • cili merah dihiris
  • koey teow separuh bungkus.
  • 1 keping isi ayam dipotong ikut selera masing-masing
  • 5 ekor udang * ikut la berapa banyak pun boleh
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau
  • masukkan cili kisar / cili boh, isi ayam tumis sampai cili betul-betul masak.
  • kemudian, masukkan udang dan sos tiram kacau rata.
  • masukkan kicap masin dan kicap manis. gaulkan rata bahan-bahan tadi. tambahkan garam dan gula secukup rasa. kemudian, masukkan sedikit air supaya tidak kering.
  • setelah mendidih, masukkan kuey teow dan gaulkan rata.
  • masukkan taugeh dan daun kucai, kacau rata dan biarkan sebentar.
  • ketepikan kuey teow tadi ke tepi kuali, pecahkan telur di tengah kuali. biarkan sebentar dan kacau rata dengan kuey teow td. masakkan hingga kuey teow tadi agak kering.
  • tutup api dan taburkan bahan hiasan tadi.
    siap! dah boleh makan.. :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN