roti paung

Roti paung yang berasal dari Terengganu ini terkenal dengan aroma marjerin dan teksturnya yang lembut. Tak perlu tunggu balik kampung pun, sekarang boleh buat sendiri di rumah dengan resipi mudah ini.

Jika buat roti paung guna resipi ini, memang dijamin lembut sampai ke esok pagi. Sesuai sangat dijadikan sarapan atau minum petang, cicah pula dengan kopi panas atau teh susu, memang nikmat!

Tak perlu risau kalau tak ada mesin pengadun sebab doh ini mudah diuli. Rahsianya cuma guna air sejuk dan biar doh cukup masa untuk mengembang. Hasilnya, roti jadi gebu, wangi dan keperangan elok bila keluar dari oven!

Baca juga: Resipi Roti Nan Cheese Homemade Yang Lembut & Gebu, Nak Frozenkan Pun Boleh!

RESEPI ROTI PAUNG TERENGGANU

roti paung

Bahan-bahan:

  • 500gm tepung roti
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 100gm marjerin
  • 11gm yis kering
  • 100gm gula
  • 1 biji telur
  • 230gm air sejuk (dari peti sejuk)
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dalam satu bekas dan uli hingga doh licin dan elastik.
  2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil dan bulatkan.
  3. Susun doh dalam loyang khas untuk roti paung.
  4. Biarkan doh mengembang hingga dua kali ganda.
  5. Bakar pada suhu 180°C selama lebih kurang 20 minit (ikut kesesuaian oven masing-masing).

Sumber: Sazana Zakaria

Baca juga: Roti Sardin Goreng Rangup, Sekali Gigit Memang Susah Nak Berhenti!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN