resepi donut kapas

Alangkah bahagianya pada waktu pagi dapat makan kuih yang gebu dan sedap. Paling mudah, anda boleh buat resepi Donut Kapas dan keluarga pasti menyukai hasilnya nanti.

Donut Kapas sangat disukai ramai kerana teksturnya lembut dan gebu. Selain ditabur dengan gula aising, ia juga boleh diisi dengan inti yang sedap seperti jem, coklat dan sebagainya.

Kami terjumpa perkongsian resepi Donut Kapas oleh Noraziah Yazid Nor Cookies yang sangat menarik kerana boleh dibuat tanpa menggunakan telur sekalipun. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Donat Susu Sedap, Gebu & Lembut Sampai Petang, Sekali Cuba Terus Nak Lagi!

RESEPI DONUT KAPAS

resepi donut kapas

Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 hingga 3 sudu penuh marjerin
  • 1 biji telur (tiada pun tak apa)
  • 2 sudu penuh susu tepung
  • 2 sudu besar mauripan
  • ½ cawan air suam (ikut adunan)
  • 2 sudu gula aising
  • Sedikit garam

resepi donut kapas

Cara-cara buat:

  1. Mula-mula, masukkan semua bahan ke dalam mixer kecuali air dan putar sampai sebati.
  2. Selepas itu, uli lebih kurang dalam 2 minit.
  3. Kemudian, letak telur dan air sedikit demi sedikit (tiada telur pun tak apa).
  4. Seterusnya, uli sampai licin dan perap lebih kurang dalam 7 minit.
  5. Setelah itu, tabur tepung atas dulang dan boleh buat bentuk.
  6. Akhir sekali, tunggu naik baru goreng. Nak hasil putih, api kena perlahan. Jika api kuat, hasilnya tak cantik nanti. Siap!

Sumber: Noraziah Yazid Nor Cookies

Baca juga: Donat Simple Dan Mudah Guna 5 Bahan, Confirm Jadi Gebu Lembut Dalam 30 Minit!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN