
Kadang-kadang bila bangun pagi, terfikir nak buat apa yang sarapan ringkas tapi sedap. Apa kata jom cuba resepi pancake mudah ini. Bau dia wangi, tekstur gebu gebas dan confirm makan sekeping tak cukup!
Cara membuatnya pun sangat mudah. Tak perlu guna banyak bahan dan tak ambil masa lama pun. Bancuh, masak dan siap! Terus boleh nikmati panas-panas bersama madu dan butter.
Baca juga: Cara Buat Lempeng Kelapa Yang Lembut, Letak ‘Bahan Ini’ Lagi Terasa Lemak Manisnya
RESEPI PANCAKE MUDAH DAN GEBU GEBAS

Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 ½ sudu teh baking powder
- ½ sudu teh baking soda
- ¼ sudu teh garam
- 1 cawan susu suhu bilik (boleh guna fresh milk)
- 1 sudu besar cuka masak
- 1 biji telur (asingkan kuning dan putih)
- 1 sudu besar gula pasir
- 2 sudu besar butter (dicairkan)
- 1 sudu besar minyak canola
- 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara:
- Campurkan susu dan cuka, kacau sebati dan biarkan selama 10 minit untuk hasilkan buttermilk.
- Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, baking powder, baking soda, gula dan garam. Kacau dengan whisk hingga sebati.
- Dalam satu bekas lain pula, campurkan butter cair, minyak dan esen vanila. Gaul rata.
- Masukkan kuning telur dan buttermilk tadi ke dalam campuran bahan kering. Kacau guna whisk hingga sebati. Jangan terlebih kacau, cukup sekadar sebati.
- Dalam bekas berasingan, pukul putih telur hingga berbuih dan ringan sedikit. Masukkan ke dalam adunan pancake dan kacau perlahan hingga sebati.
- Panaskan non-stick pan. Sapu sedikit butter nipis pada pan ketika mula-mula nak masak.
- Tuang adunan dan masak dengan api sederhana sehingga permukaan pancake berbuih, kemudian terbalikkan. Ulang hingga habis adunan.
Tips:
- Kalau tiada minyak canola, boleh ganti dengan minyak bunga matahari, minyak sayuran atau minyak masak biasa.
- Untuk buttermilk, boleh guna susu segar, susu full cream, susu cair atau susu tepung (bancuh dulu).
- Tak ada cuka? Ganti dengan 1 sudu besar jus lemon.
- Guna pan kecil supaya pancake nampak seragam. Sapu butter sekali sahaja masa mula-mula masak supaya tak terlalu berminyak.
- Masak dengan api sederhana supaya pancake dapat warna perang keemasan yang cantik.
Sumber: Habibah Amin
Baca juga: Resipi Bubur Puteri Mandi Labu, Lemak Manis & Wangi Buah Segar Buat Tak Cukup Semangkuk!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














