…kenangan saat bahagia bersama bekas isteri…huhuhu

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai ikan tongkol hamba

…kenangan saat bahagia bersama bekas isteri…huhuhu

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ikan tongkol rebus.
  • 12 ulas bawang merah.
  • 6 biji cili api.
  • 1 1/2 inci kunyit hidup yang tua.
  • 2 inci lengkuas tua.
  • 4 sudu besar cili kering yang diblender.
  • 1 1/2 bungkus santan pekat segar.(rm2 sbngks).
  • 1 ikat kacang panjang.
  • 1 biji timun.
  • cili besar hijau.(hisasan dalam gulai)
  • asam keping, garam dan serbok perasa.
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan tongkol direbus dengan 6keping asam keping yang besar dengan air kurang sikit dari paras ikan,sedikit cuka dan 2 sudu garam halus. Lebih baik jika ikan dah direbus semalaman.
  • Bawang merah, cili api, kunyit, lengkuas diblender dengan sedikit air.
  • Dalam periuk masukan santan 1 bungkus dahulu, bahan2 yang diblender dan cili giling.
  • Masukan air rebusan ikan bersama sama dengan asam kepingnya sekali, tambah sedikit air jika nampak kurang dan masak dengan api perlahan.
  • Biarkan kuah masak dahulu sebelum dimasukan kacang panjang, timun dan cili hijau.
  • Bila dimasukan sayur kuah akan menjadi cair sedikit bergantong kepada banyak mana sayur yang dimasukan, sila tambah santan jika perlu.
  • Rasa masam masinnya dan bubuh serbok perasa jika anda suka atau diganti dengan sedikit gula.
  • Gulai ini biasa dimakan dengan sambal lada tetapi hamba tak tau macam mana resepinya kerana isteri hamba dulu telah lari ikut bangla. Jika sesiapa yang tau nak buat sambalnya sila tulis dalam ruangan komen.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN