
Beberapa hari lalu, media sosial kecoh apabila tular satu video budu tong hitam. Rakaman tersebut menunjukkan keadaan permukaan bekas pemeraman yang dipenuhi lapisan putih.
Ramai netizen rasa geli, malah ada yang terus menganggap ia kotor dan tak selamat dimakan. Lebih panas lagi, ada suara-suara mendesak pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) segera masuk siasat kilang terbabit.
Tapi persoalannya, adakah benar budu itu kotor dan membahayakan kesihatan atau ada fakta sebenar di sebalik cara pembuatan budu tersebut?
Baca juga: Sedap Memang Sedap, Tapi Cara Simpan Budu Dalam Tong Hitam Buat Netizen Hilang Selera
DOKTOR ULAS ISU VIDEO BUDU TONG HITAM BERKULAT
@dr.raihana.ismail Rahsia Budu – dari Proses, Mitos & Khasiat.. #efferty #drraihanaismailofficial ♬ original sound – DR. Raihana Ismail | Efferty
Seorang pengamal perubatan, Dr Raihana Ismail tampil beri penjelasan di TikTok tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam proses pembuatan budu. Ini antara ulasan tersebut:
1. Bahan asas.
Budu dihasilkan daripada ikan bilis atau ikan selayang yang dicampur dengan garam kasar. Nisbahnya biasanya 1:3 (satu bahagian ikan, tiga bahagian garam).
2. Proses lama.
Budu bukan makanan segera. Ia diperam antara enam bulan hingga setahun sebelum menjadi pekat, harum dan kaya dengan rasa.
3. Bahan tambahan.
Ada pengusaha menambah asam gelugur atau gula merah. Bukan sahaja menambah rasa masam-manis, malah turut memberi aroma lebih menyelerakan.

4. Lapisan putih misteri.
Inilah yang menimbulkan panik dalam video tular. Ramai anggap ia kulat bahaya, sedangkan ia hanyalah yis semula jadi yang memang biasa muncul semasa fermentasi.
5. Bezakan kulat berbahaya.
Kulat berbahaya biasanya berbulu dengan warna hijau, hitam atau kelabu. Lapisan putih pada budu bukan kategori itu.
6. Kuasa garam.
Kandungan garam tinggi dalam budu menjadikan bakteria jahat tidak dapat hidup. Malah, telur lalat sekalipun tidak mampu membiak di dalamnya.
7. Perlindungan semula jadi.
Proses fermentasi menghasilkan asid dan enzim yang secara semula jadi menghalang kulat berbahaya tumbuh.
8. Probiotik baik untuk usus.
Sama seperti makanan fermentasi lain (kimchi, tempe, yogurt), budu juga kaya dengan probiotik yang menyokong sistem penghadaman.
9. Kaya mineral.
Budu mengandungi kalsium, magnesium dan zink yang penting untuk kesihatan.
10. Antioksidan menyelamatkan tubuh.
Bahan tambahan seperti asam dan rempah memberikan antioksidan yang membantu menurunkan kolesterol serta mengawal tekanan darah.
KESIMPULANNYA, ADAKAH BENAR TEMPAT BUDU ITU BERKULAT?
Apa yang dilihat dalam video itu bukanlah kekotoran atau tempat pembiakan telur lalat. Sebaliknya, ia adalah sebahagian daripada proses fermentasi semula jadi yang menjadikan budu selamat, tahan lama dan penuh khasiat.
Jadi, mitos kononnya budu tong hitam itu sarang kulat berbahaya atau sumber penyakit adalah tidak benar. Lebih baik apabila tular sesuatu video mengejutkan, jangan terus buat kesimpulan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: dr.raihana.ismail
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














