
Pucuk ubi biasanya direbus atau dibuat gulai, tapi kali ini kita cuba resepi pucuk ubi goreng sambal yang rangup pula.
Memang lain macam sedapnya! Boleh ratah macam tu saja atau makan dengan nasi panas, confirm bertambah-tambah.
Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan serta cara membuatnya yang dikongsikan oleh Puan Nor Hayati Bakar di bawah.
Baca juga: Cara Betul Celur Pucuk Ubi, Barulah Kekal Hijau Menawan & Nampak Segar
RESEPI PUCUK UBI GORENG SAMBAL

Bahan-bahan:
- 1 mangkuk daun ubi kayu muda (ambil daun sahaja, dicuci dan dikeringkan betul-betul)
- 1 genggam ikan bilis
- 1 genggam cili kering (dikisar kering)
- 1-2 biji bawang merah kecil (lagi banyak lagi sedap)
- 2 ulas bawang putih (letak sedikit, sebab sambal ni tak terlalu bergantung pada bawang putih)
- Belacan (pilihan, boleh letak jika suka)
- Garam, gula dan perasa secukupnya
Cara memasak:
- Panaskan minyak, goreng pucuk ubi yang telah dikeringkan hingga rangup. Angkat dan ketepikan.
- Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
- Hiris bawang merah dan bawang putih. Goreng hingga garing, angkat dan ketepikan (simpan sedikit bawang untuk menumis sambal).
- Tumis bawang yang disimpan tadi hingga wangi. Masukkan cili kering kisar, goreng hingga sambal garing dan pecah minyak.
- Perasakan dengan garam, sedikit gula dan perasa. (Kalau tak suka manis, boleh abaikan gula.)
- Setelah cukup rasa, tutup api dan masukkan ikan bilis, pucuk ubi goreng serta bawang goreng. Gaul sebati.
- Siap untuk dihidangkan! Nak ratah macam tu saja pun sedap, apatah lagi makan dengan nasi putih panas.
Sumber: Nor Hayati Bakar
Baca juga: Resipi Kerabu Pucuk Daun Kari, Kena Rendam Dengan ‘Bahan Ini’ Untuk Hilangkan Bau
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














