roti sardin goreng rangup

Pelbagai resipi boleh dibuat menggunakan roti. Ada orang suka cicah kari, ada juga yang suka sapu jem atau kaya, tapi kali ini jom cuba menu roti sardin goreng rangup di rumah.

Bukan setakat caranya mudah, malah bahannya juga ringkas. Apabila siap, memang jadi kudapan yang puas hati. Paling seronok, inti sardinnya boleh diolah mengikut citarasa.

Resipi roti sardin goreng rangup yang dikongsikan oleh Shafiqah Abd Razak di Facebook ini sesuai sangat dibuat untuk sarapan atau minum petang di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Roti Telur Tanpa Minyak, Resipi Jimat & Mudah Buat Anak Kenyang Sampai Tengah Hari

RESIPI ROTI SARDIN GORENG RANGUP

roti sardin goreng rangup

Bahan-bahan:

  • 1 buku roti Gardenia (saiz pendek)
  • 1 tin besar sardin (buang tulang, goreng sekejap dan angkat)
  • Sedikit air asam jawa (anggaran secukupnya)
  • 1 biji bawang merah besar (dihiris)
  • Garam atau secukup rasa
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Air sejuk (anggaran secukupnya)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat inti sardin:

1. Hancurkan ikan sardin yang sudah digoreng tadi (jangan terlalu lumat, biar kasar sikit).

2. Ambil sedikit saja sos sardin, masukkan bawang merah hiris, air asam jawa dan secukup rasa.

3. Gaul rata. jika suka pedas boleh tambah cili api.

Cara-cara membuat roti sardin:

1. Ambil sekeping roti, ratakan inti di atasnya (jangan terlalu nipis atau terlalu tebal). Tutup dengan sekeping lagi roti.

2. Potong roti menjadi bentuk segitiga. Ulang sampai habis.

3. Sediakan bancuhan tepung iaitu campurkan tepung gandum, telur, secukup rasa, serbuk kunyit dan air sejuk. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair, kacau sampai sebati.

4. Celup roti berinti tadi ke dalam bancuhan tepung. Hati-hati supaya inti tak terkeluar.

5. Panaskan minyak dalam kuali, goreng roti sampai keemasan. Angkat dan toskan minyak. Siap untuk dinikmati!

Jika ada roti lebih kat rumah, jangan biarkan keras begitu saja. Jom cuba resipi roti sardin goreng rangup ini, pasti hasilnya rangup di luar dan lembut berintikan sardin di dalam.

Selamat mencuba!

Sumber: Shafiqah Abd Razak

Baca juga: Resepi Roti Sardin Gulung Tanpa Serap Minyak, Rangup Sampai Ke Petang!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN