nasi lemak rendang

Selain dimakan bersama telur dan ayam goreng berempah, nasi lemak juga sedap dinikmati dengan lauk rendang. Senang cerita, nasi lemak rendang cukup disukai ramai sekarang.

Jadi kali ni, kami kongsikan resipi nasi lemak bersama pilihan lauk rendang yang pasti buat anda sekeluarga teruja. Resipinya ringkas, mudah dibuat dan hasilnya cukup puas hati.

Baca juga: Resipi Nasi Lemak Kukus, Basmathi & Pandan, Semuanya Bau Wangi, Berderai & Tahan Lama

RESIPI NASI LEMAK RENDANG

nasi lemak rendang

Kredit gambar: Azy Cullen

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras
  • 2 cawan santan cair
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 inci halia (ketuk)
  • Garam secukup rasa
  • 1 batang serai (ketuk)

Cara-cara memasak:

  1. Basuh beras dan masukkan dalam periuk nasi.
  2. Tambah santan, daun pandan, halia, serai dan garam.
  3. Masak macam biasa sampai nasi tanak dan berbau harum.

RESIPI SAMBAL TUMIS NASI LEMAK

nasi lemak rendang

Kredit gambar: Facebook Afy AL Habibi

Bahan-bahan:

  • 15 biji cili kering (rendam & kisar)
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar (hiris bulat)
  • 1 sudu besar asam jawa (bancuh dengan ½ cawan air)
  • 2 sudu besar gula merah
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak, tumis cili kisar sampai pecah minyak.
  2. Masukkan hirisan bawang besar, kacau sebati.
  3. Masukkan air asam jawa, gula dan garam.
  4. Reneh perlahan sampai sambal pekat dan sedap.

PILIHAN LAUK RENDANG

1. RENDANG AYAM.

nasi lemak rendang

Kredit gambar: Hajar Mohd

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 1 santan kotak saiz kecil
  • 3 helai daun kunyit (sehelai carik-carikkan, 2 helai hiris nipis-nipis)
  • 1 paket kecil kerisik
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 biji bawang besar*
  • 4 biji bawang kecil*
  • 6 biji bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci lengkuas*
  • 3 batang serai*
  • 15 keping cili kering* (ikut kepedasan, jika nak pedas, letaklah banyak)

Cara-cara memasak:

  1. Mula-mula, kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan cili kering.
  2. Kemudian, panaskan minyak (letak banyak pun boleh sebab nak bagi cabai merah cantik. Setelah siap masak, boleh buang lebihan minyak yang banyak).
  3. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak dan masukkan 1 sudu gula (biarkan saja jangan kacau, agak-agak kuah sudah merah, baru kacau gula).
  4. Apabila sudah pecah minyak, masukkan ayam dan kacau sebati.
  5. Masukkan santan dan air 1 kotak santan, kemudian masak sampai air kering sedikit.
  6. Masukkan garam, perasa, daun kunyit yang sudah dicarik dan daun limau purut, kemudian kacau lagi.
  7. Setelah kuah sudah kering, tabur daun kunyit yang sudah dihiris nipis. Siap untuk dihidang!

2. RENDANG DAGING.

nasi lemak rendang

Kredit gambar: Facebook Auni Farhana

Bahan-bahan:

  • Daging potong kecil 500 gram
  • Perencah rendang 1 paket
  • Perencah ayam goreng berempah 1/2 paket
  • Santan 1/2 kotak 200ml
  • Daun kunyit
  • Daun limau purut

Cara-cara memasak:

  1. Cuci bersih daging dan potong kecil. Tak perlu direbus dahulu.
  2. Dalam periuk, gaul daging dengan perencah rendang 1 paket berserta perencah ayam goreng berempah 1/2 paket sampai sebati.
  3. Hidupkan api, letak sedikit minyak dan tutup periuk. Biarkan air daging keluar sendiri tanpa perlu tambahkah air.
  4. Letakkan juga daun kunyit yang sudah hiris halus dan daun limau purut yang dicarik kasar.
  5. Apabila air daging kelihatan hampir kering, tuangkan 1/2 kotak santan. Gaul seketika dan kembali tutup periuk.
  6. Biarkan sampai daging empuk. Jika dapat daging yang susah empuk, tambah sedikit air panas dan kembali tutup periuk.

3. RENDANG UDANG.

Kredit gambar: Facebook Ameera

Bahan-bahan:

  • 500g udang (buang misai, biar kulit)
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 batang serai (ketuk)
  • ½ cawan kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 6 biji cili kering (rendam & kisar)

Cara-cara memasak:

  1. Tumis bahan kisar sampai naik bau.
  2. Masukkan serai, kemudian udang.
  3. Tambah santan dan kerisik.
  4. Kacau sebentar, jangan masak terlalu lama (supaya udang tak keras).

4. RENDANG KERANG

Kredit gambar: Facebook Mariana Zainal

Bahan-bahan:

  • 500g isi kerang (celur sekejap dan toskan)
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 batang serai (ketuk)
  • ½ cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (hiris)
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 6 biji cili kering (rendam dan kisar)

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai wangi.
  2. Masukkan serai, kerisik dan santan.
  3. Masukkan isi kerang, kacau rata.
  4. Masak sekejap saja sampai kuah pekat, jangan terlalu lama.

Bermula Ogos hingga September ini, MyResipi menganjurkan kempen Makan Sini Best bagi mengetengahkan nasi lemak terbaik di sekitar Lembah Klang. Pilihan rakyat, bukan pengkritik.

Calonkan dan undi nasi lemak kegemaran anda di www.myresipi.com/makansinibest dan saksikan siapa yang bakal dinobatkan sebagai Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang pilihan rakyat.

Jangan lupa juga untuk hadir ke acara kemuncak pada 9 Oktober 2025 dan jadi antara 100 pengunjung terawal yang berpeluang menikmati nasi lemak percuma serta produk tajaan eksklusif!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Siti Norhabibah Che Ani, Auni Farhana

Baca juga: Siapa Juara Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang? 5 Finalis Ini Perlukan Undian Anda!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN