
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mencuri perhatian warga maya apabila beliau sempat menunjukkan bakat menebar roti canai ketika bercuti bersama isterinya di Sibu, Sarawak pada Isnin.
Dalam satu hantaran di Facebook miliknya, Ayob berkongsi pengalaman itu ketika singgah menjamu selera di sebuah restoran di Terminal Bas Sibu pada malam 15 September.
Baca juga: Lelaki Ini Jual Ais Kacang Di Sweden Guna Mesin Dari Malaysia, Netizen Terkejut Tengok Harga!
TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA TUNJUK ‘SKILL’ TIBAR ROTI CANAI
Menurut beliau, pada mulanya hanya berniat untuk makan malam seperti biasa, namun selepas melihat gaya pekerja restoran menebar roti canai yang dirasakan kurang menepati seleranya, beliau terus menawarkan diri untuk mengambil alih kerja tersebut.
“Saya dan isteri bercuti dua hari di Sibu, Sarawak. Malam tadi pergi nak makan roti canai di Curry House Sibu Bus Terminal, tapi melihat cara mamak yang tebar roti canai tu tak memenuhi cita rasa saya.
“Saya ambil alih tugas beliau, tebar tujuh biji roti canai untuk kami makan. Sekali-sekala kena asah bakat juga… dah nak pencen ni,” tulisnya lagi.
Video berdurasi pendek itu memaparkan aksi santai Ayob menebar roti canai dengan penuh yakin sebelum dihidangkan kepada keluarganya.
Perkongsian itu telah tular di media sosial dengan ribuan tanda suka, komen dan perkongsian daripada netizen yang teruja melihat sisi berbeza beliau.
Rata-rata warganet memuji sikap rendah diri Ayob yang tidak kekok mencuba sesuatu di luar bidang tugasnya sebagai pegawai kanan polis.
Momen santai berkenaan sekali gus memperlihatkan sisi mesra seorang pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang sebelum ini lebih sinonim dengan ketegasan beliau dalam memerangi jenayah serta menjaga keselamatan negara.
Sumber: Berita Harian Online
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














