puff sardin

Puff sardin goreng ialah snek yang cepat, mudah dan sedap. Hanya menggunakan beberapa bahan ringkas, anda boleh sediakan hidangan yang rangup di luar dan berinti sardin yang lazat di dalam. Sesuai untuk sarapan, minum petang atau dibawa sebagai bekal.

Selain mudah dibuat, puff sardin ini juga boleh dibuat pelbagai bentuk. Anda boleh lipat menjadi segitiga klasik atau cuba bentuk karipap untuk kelainan. Dengan sedikit kreativiti, snek ini pasti nampak lebih menarik dan menggoda selera.

Resipi ini hanya perlukan 3 bahan sahaja, Mudah, cepat dan sesuai untuk sesiapa yang nak hidangan ringkas tanpa susah payah. Tak perlu peralatan atau bahan yang rumit dan masa memasaknya juga sangat singkat.

Baca juga: Rahsia Kulit Karipap Rangup Sampai Ke Petang, Kena Tahu Sukatan & Teknik Betul

RESEPI PUFF SARDIN GORENG

puff sardin

Bahan-bahan:

  • Pastry puff segera
  • Inti sardin secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit tepung (untuk taburan supaya pastry tidak melekat)

Cara-cara:

  1. Canai pastry puff di atas permukaan rata. Taburkan sedikit tepung supaya pastry tidak melekat dan mudah dibentuk.
  2. Bahagikan pastry kepada 4 bahagian yang sama saiz supaya setiap puff sardin kelihatan kemas.
  3. Letakkan inti sardin secukupnya pada setiap bahagian. Jangan terlalu banyak supaya mudah dilipat dan tidak tumpah semasa menggoreng.
  4. Lipat pastry menjadi bentuk segitiga. Tekan tepi dengan jari atau garfu untuk kelim dengan kemas supaya inti tidak keluar.
  5. Untuk kelainan, anda juga boleh lipat bentuk karipap supaya lebih menarik.
  6. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Goreng puff sardin hingga keemasan dan garing di luar.
  7. Angkat dan tos minyak terlebih dahulu sebelum dihidang supaya puff kekal rangup.

Sumber: Roslimah Abd Salam

Baca juga:

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN