
Makanan mesra flight ialah penyelamat utama bagi mak ayah yang terbang bersama anak kecil.
Tanpa persediaan yang betul, tangisan lapar boleh ubah penerbangan jadi drama sebenar tapi dengan pilihan makanan mesra flight yang sesuai, perjalanan boleh jadi lebih tenang dan menyeronokkan.
Bayangkan baru pesawat nak berlepas, tiba-tiba si manja tarik baju sambil menjerit, “Mama… lapar!”
Dalam hati mak ayah cuma mampu berdoa, “Tolonglah, jangan sekarang!”
Bila perut anak kenyang, semua jadi lebih mudah, tiada tangisan, tiada drama, semua orang pun happy.
Berikut lima tips mudah lifesaver untuk pastikan anak kenyang dan penerbangan kekal aman.
Fahami Peraturan Makanan Mesra Flight Sebelum Terbang

Bayangkan anda sudah sedia dengan bekal, tapi pegawai keselamatan minta buang sup homemade. Supaya tak tersilap langkah, pastikan dulu apa jenis makanan yang dibenarkan!
Makanan pejal seperti sandwich, nasi kepal dan biskut biasanya selamat, manakala makanan cair seperti sup atau yogurt hanya dibenarkan maksimum 100 ml dan mesti disimpan dalam beg plastik khas.
Untuk si kecil bawah dua tahun, ibu bapa boleh bawa susu, puri, atau air panas asalkan dimaklumkan kepada pegawai keselamatan.
Sentiasa rujuk peraturan bagasi yang ditetapkan supaya perjalanan bermula tanpa drama di kaunter.
Pilihan Makanan Mesra Flight Yang Mudah Dimakan

Tak semua makanan sesuai dibawa ketika terbang. Elak bawa makanan berkuah, melekit, atau yang berbau kuat, sebab boleh jadi “bintang tumpuan” di kabin.
Pilihlah snek yang ringkas, mudah, dan mesra perjalanan supaya pengalaman terbang lebih selesa.
Antara contoh yang terbaik ialah:
-
Nasi kepal (onigiri)
-
Sandwich mini
-
Pasta kering
-
Buah potong seperti epal, pisang dan anggur tanpa biji
Makanan mesra flight sebegini mudah dimakan, tidak bersepah dan mengenyangkan, senang untuk anak, senang juga untuk ibu bapa.
Snek Kecil Jadi Makanan Mesra Flight Semasa Take-Off & Landing
Kadang-kadang tekanan udara buat telinga anak rasa sakit. Tapi tenang, ada cara senang nak atasinya!
Biskut mini, air kotak, buah potong, atau susu botol boleh bantu anak menelan dan selaraskan tekanan telinga.
Macam mana untuk bayi pula? Jangan risau, puting je dah cukup untuk kurangkan ketidakselesaannya.
Dengan trik ini, tangisan boleh bertukar jadi senyuman dan penerbangan lebih tenang.
Susun Snek Box Ala Mini Bento

Kanak-kanak suka makanan comel dan berwarna-warni. Susun makanan mesra flight dalam bentuk mini bento seperti sandwich gulung, keju, telur rebus, biskut kecil dan buah dalam bekas berpetak.
Mini bento bukan saja nampak menarik, malah buat anak teruja setiap kali membuka satu bahagian.
Anak lebih fokus pada makanan, kurang bosan, dan mak ayah boleh tarik nafas lega sekejap.
Rujukan untuk idea bento comel buat si kecil!
Tempah Kids Meal Untuk Penerbangan Antarabangsa
Kalau penerbangan jauh, jangan lupa request Kids Meal semasa tempahan tiket.
Ia percuma dan disediakan khas untuk anak kecil. Lebih ringan, berkhasiat dan menarik.

Syarikat penerbangan besar sudah lama menawarkan servis ini, jadi pastikan anda tempah lebih awal supaya anak mendapat makanan mesra flight yang sesuai sepanjang perjalanan.
Travel dengan anak kecil memang penuh kejutan, tapi dengan makanan mesra flight yang betul, perjalanan boleh jadi lebih lancar dan menyeronokkan.
Bila perut anak terisi, semua orang happy sampai destinasi!
REV Media Group melalui jenama MyResipi, Sirap Limau, VOCKET, dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, inisiatif baharu untuk membantu pelancong Muslim melancong ke luar negara dengan lebih yakin, tenang dan selamat.
Panduan lengkap termasuk makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan, serta aktiviti mesra Muslim boleh didapati di laman web tersebut.
Melalui Halal Travel, anda boleh dapatkan panduan lengkap merangkumi pilihan makanan halal, waktu solat dan arah kiblat, tip perjalanan serta keselamatan, hinggalah kepada aktiviti menarik yang mesra Muslim.
Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














