Ini sebenarnya sambal tempoyak tapi telah hamba ubah suai jadi gulai pekat yang amat ber ikan keli…bes woooo.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai tempoyak D24 ikan keli

Ini sebenarnya sambal tempoyak tapi telah hamba ubah suai jadi gulai pekat yang amat ber ikan keli…bes woooo.

BAHAN-BAHAN

  • 2 kilo ikan keli yang besar2, dibersihkan dengan asam limau kasturi, perap sekejap baru bilas bagi hilang hanyir.
  • 2 sendok nasi tempoyak dari durian D24. Kenapa? Baru bes, tempoyak dari durian mahal buat sendiri rasanya memang dasyat. Peram durian dengan sedikit garam dalam suhu bilik selama 1 minggu.
  • 3 ikat pucuk ubi. Kat pasar malam tak ada pucuk ubi, daun ubi adalah, jadi rebus daun tu dengan api pelahan 1jam kemudian hiris halus2.
  • Daun kadok. Hiris halus2.
  • 9 papan petai bermata besar pisahkan dari papannya dan dibelah dua.
  • 30 biji cili api atau lebih atas suka anda ditumbuk dengan 1 1/2 inci kunyit hidup yang tua.
  • 1 1/2 bungkus santan segar yang rm2 sebungkus tu.
  • 4 batang serai diketok saja.
  • Asam keping jika perlu.
  • Garam dan bahan perasa secukup rasa.
  • Air 1 liter atau setengah jag.
CARA PENYEDIAAN
  • Dalam periuk yang besar masukan santan dengan 1 liter air, cili api dan kunyit, petai dan daun kadok. Biar mengelegak dan masukan pucuk ubi serai dan tempoyak.
  • Bagi mengelegak sehingga kuahnya nampak nak pekat baru masukan ikan keli, asam garam dan bahan perasa.
  • Masak hingga jadi pekat macam sambal tempoyak. Kuantiti dan kualiti tempoyak menentukan kepekatan kuah, tambahan pula dengan tempoyak D24 maka hasilnya menakjubkan. Resepi ni agak mahal tapi berbaloi. Peringatan: tempoyak dari durian yang rosak atau durian murah hasilnya pun bese bese jer!
  • Durian D24 harga pasaran dalam rm20 sebiji yang sederhana, anda perlu setengah biji durian untuk dijadikan tempoyak dalam masakkan ini. Ingat! makan baca bismillah takut tak sedar makan dah 3 pinggan! Sedap woooo….

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN