Resepi turun-temurun dari Nenek (Mak Aji Kelantan). Sesuai untuk kenduri kecil / family gathering

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Minyak Mak Aji Kelantan

Resepi turun-temurun dari Nenek (Mak Aji Kelantan). Sesuai untuk kenduri kecil / family gathering

BAHAN-BAHAN

  • Bahan-bahan untuk Nasi:-
  • 20 pot beras basmati/siam (pot rice-cooker)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun pandan (dicarikkan dan disimpul)
  • 2 bunjut rempah sup (any brand)
  • 1 cawan air halia (drp 8 inci halia yg dimesin)
  • 1 cawan susu cair (any brand)
  • Air secukupnya
  • Bahan-bahan untuk menumis:-
  • 400 gram minyak sapi (any brand)
  • 200 gram tomato puree (any brand)
  • 10 ulas bawang merah (dihiris nipis)
  • 6 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 6 kumtum bunga cengkih
  • 6 kuntum bunga lawang
  • 6 biji buah pelaga
  • 6 inci kulit kayu manis
  • Gula dan garam (secukup rasa)
  • Untuk Hiasan:-
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit daun ketumbar (dicarikkan)
  • Sedikit kismis
  • Anda boleh mengecilkan/membesarkan “scale” resepi di atas mengikut berapa pot beras yang ingin dimasak
CARA PENYEDIAAN
  • Rendamkan beras selama 5 minit, basuh dan toskan
  • Panaskan minyak sapi, masukan bahan tumisan..
    Tumis bawang merah, bawang putih, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga hingga naik bau. Masukan tomato puree, gula dan garam (secukup rasa) kacau hingga sebati dan biarkan selama 3 min. Lepas tu angkat dan ketepikan.
  • Masukan beras kedalam rice-cooker, tambah air secukupnya seperti memasak nasi biasa. Masukan air halia, susu cair, sup bunjut, serai, daun pandan dan tuangkan bahan2 yg telah ditumis tadi dan kacau sedikit biar mesra.
  • “On” kan suiz rice-cooker dan tanak nasi hingga masak.
  • Untuk hiasan:- Taburkan kismis, bawang goreng dan daun ketumbar..hidangkan
  • Nasi Minyak ini sesuai dimakan bersama lauk-pauk seperti:
    1. Kari/Kurma (Ayam/Daging/Kambing)
    2. Ayam goreng berempah
    3. Acar Timun/Buah
    4. dsb

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN