Kepada sesiapa yang suka makan lauk sardin dengan nasi panas .. versi sambal goreng.. resepi ciptaan sendiri-sendiri saja.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Old time peberet Sardin Sambal Goreng

Kepada sesiapa yang suka makan lauk sardin dengan nasi panas .. versi sambal goreng.. resepi ciptaan sendiri-sendiri saja.

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin Sardin (cap apa pun tak apa, tapi saya suka sardin cap ayam @ cap marina)
  • 2 ulas bawang putih – dimayang atau diketuk pun ok
  • 2 ulas bawang merah – dimayang macam nak buat bawang goreng
  • 1 biji cili merah – dihiris agak besar tapi jgn besar sangat
  • 3@4 biji cili padi – diketuk atau kalau suka boleh dihiris-hiris
  • 1 labu bawang besar – dipotong bulat
  • Air asam jawa – agak2 la jangan sampai masam sangat
  • Sehiris limau nipis – diperah diatas sardin supaya tidak berbau hanyir
  • Garam & gula(kalau suka manis)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, cili merah & cili padi. Sesetengah orang suka masukkan cili kisar tapi saya tak suka sebab tak mau nanti sos tomato dlm sardin tu hilang rasa. Kalau suka masukkan setelah step tumisan ini..
  • Bila bahan tumisan tu dah kekuningan dan wangi, bolehlah masukkan kesemua isi & kuah sardin dari dalam tin itu.
  • Masukkan air asam jawa dan sedikit air (suku cawan ajer) + sesiapa yang suka masam bolehlah masukkan belimbing buluh
  • Masak sehingga keluar minyak atau kuahnya pekat.
  • Masukkan garam secukup rasa dan bagi sesiapa yang suka menggunakan gula utk memancing rasa bolehlah masukkan sedikit gula.
  • Pandai-pandailah korang bega supaya mengikut citarasa korang..
    Dah siap dan boleh terus dimakan dengan nasi panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN