org jaworld memang familiar ngan lauk2 camni….resipi simpel aje….. tapi tambah nasik 3-4 pinggan pun x sedar nih… ehehe…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lemak Kencur Jantung Pisang

org jaworld memang familiar ngan lauk2 camni….resipi simpel aje….. tapi tambah nasik 3-4 pinggan pun x sedar nih… ehehe…

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji jantung pisang – saiz besar
  • 1 biji bawang besar
  • 20 biji cili padi
  • segenggam ikan bilis
  • 500 ml santan pekat – boleh guna santan kotak juga…
  • 500 ml air
  • 2 inci kencur / cekur
  • 2 inci belacan bakar
  • garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • buang kulit keras pada jantung pisang & rebus seketika hingga lembut dengan sedikit garam. setelah empuk, toskan. Tunggu sejuk dan racik – jangan terlalu halus.
  • goreng bawang besar,cili api dan ikan bilis hingga garing. – goreng ikut turutan ya..
  • tumbuk @ kisar kering bahan no 2 bersama belacan bakar dan kencur @ cekur
  • satukan bahan tumbuk kedalam periuk bersama santan dan air.
  • masak diatas api sederhana dan sentiasa kacau untuk elak pecah santan.
  • setelah mendidih, masukkan jantung pisang yang telah diracik tadi
  • kacau seketika dalam 5-10 minit dan perasakan dengan garam dan gula
  • sedap dimakan panas2 dengan nasi putih, sambal belacan, ikan kering dan sewaktu dengannya….. SELAMAT MENCUBA… :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN