resepi ikan sweet sour

Apabila balik kerja, kepala pun buntu nak fikir masak apa untuk makan malam. Jadi, kami cadangkan anda buat resepi Ikan Sweet Sour yang simple tapi tetap menyelerakan.

Bukan saja ringkas, malah bahan-bahannya pun kebanyakannya sudah ada di dapur. Sambil potong sayur sedikit, sambil tunggu nasi masak, terus siap hidangan untuk seisi keluarga.

Kami tertarik dengan perkongsian resepi Ikan Sweet Sour oleh Hana A Razak di Facebook yang hasil kuahnya pekat bersama harum daun limau purut. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Goreng Ikan Tak Meletup & Tak Melekat Pada Kuali, Teknik Ini Serius Menjadi!

RESEPI IKAN SWEET SOUR

resepi ikan sweet sour

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung (atau ikut suka, digoreng garam kunyit)
  • 2 sudu bawang kisar
  • 2 sudu cili kisar
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos cili
  • Gula perang secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Capsicum
  • Lobak merah
  • Bawang besar
  • Daun limau purut

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak, tumis bawang kisar (boleh juga guna 2 biji bawang merah dan 2 ulas bawang putih hiris).

2. Apabila naik bau, masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak.

3. Masukkan sos tomato dan sos cili, kemudian gaul rata.

resepi ikan sweet sour

4. Selepas itu, perasakan dengan gula perang dan garam secukup rasa.

5. Seterusnya, masukkan lobak merah, bawang besar dan daun limau purut.

6. Masukkan capsicum dan biar sekejap saja supaya masih rangup.

7. Akhir sekali, susun ikan goreng dalam mangkuk, kemudian siram dengan kuah masam manis. Siap untuk dihidang!

Paling best, resepi Ikan Sweet Sour ini boleh diolah mengikut selera masing-masing. Nak pedas boleh tambah cili, nak lebih manis boleh lebihkan gula perang.

Selamat mencuba!

Sumber: Hana A Razak

Baca juga: Bawal Sweet Sour Mudah Teramat, Nampak Ringkas Tapi Rasa Meriah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN