resepi sardin

Apabila ditanya tentang lauk ringkas waktu kecemasan, semestinya sardin jadi pilihan. Dengan sedikit kreativiti, anda boleh cuba resepi Sardin Black Pepper yang luar biasa ini.

Resepi Sardin Black Pepper ini dikongsikan oleh Anuar Anis di Facebook. Nampak macam ringkas, tapi memang boleh buat anda tambah nasi berkali-kali. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Tunjuk Cara Buat Sardin Homemade, Lembut Sampai Tulang Pun Boleh Makan!

RESEPI SARDIN BLACK PEPPER

resepi sardin

Bahan-bahan:

  • 1 tin besar sardin
  • 3 biji bawang besar (dihiris tebal)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 5 biji cili padi
  • ½ cawan kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
  • Garam secukup rasa
  • Kentang (dipotong dan digoreng)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng kentang sampai keemasan dan ketepikan.

2. Goreng ikan sardin sekejap supaya rasa hanyir hilang dan tekstur lebih sedap, kemudian asingkan.

3. Guna minyak lebihan goreng sardin, masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi, kicap manis, sos tiram, lada hitam dan secawan air.

4. Kemudian, masak sampai kuah sedikit kering dan pekat.

5. Akhir sekali, masukkan kembali ikan sardin dan kentang, kemudian gaul sebati. Siap untuk dihidang!

Gabungan rasa pedas lada hitam, manis kicap dan aroma bawang yang harum membuatkan hidangan ini jauh lebih istimewa daripada sardin dalam tin yang kita selalu makan.

Selamat mencuba!

Sumber: Anuar Anis

Baca juga: Cara Masak Sardin Cepat Tanpa Goreng, Ikut RAHSIA Ini Mesti Tak Hanyir

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN