sempena musim buah ni…dan buat penggemar buah-buahan tempatan, boleh juga digantikan dgn manggis
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Agar-agar buah mata kucing
sempena musim buah ni…dan buat penggemar buah-buahan tempatan, boleh juga digantikan dgn manggis
BAHAN-BAHAN
- 1/2kg buah mata kucing
- 1 peket serbuk agar-agar (saya guna yang xde perisa, tapi mempunyai pewarna)
- gula (optional, sbb saya x letak pun, buah tu sendiri dh manis)
- 1Liter air masak
CARA PENYEDIAAN
- kopek buah mata kucing, hiris kecil2 dan masukkan ke dalam acuan agar-agar (memenuhi dasar acuan)
- kemudian, masakkan agar-agar bersama separuh dpd kuantiti air dan gula (dgn api yang sederhana)
- sementara itu, kisar halus isi buah mata kucing yg berbaki (dpd step 1) dengan separuh lagi kuantiti air masak
- tapiskan jus buah mata kucing, dan tuangkan ke dalam periuk berisi agar-agar
- tunggu sehingga agar-agar larut sebelum dituang ke dalam acuan
- biarkan sejuk pd suhu bilik sebelum di masukkan ke dalam peti ais…sedap di makan ketika cuaca panas…rasa sejuk je tekak
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.