Pasta stail Melayu

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Reben Goreng

Pasta stail Melayu

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket pasta reben (apo namo tah) – rebus dan tereskan
  • 100g tomato puree
  • 1 biji bawang besar – dadu
  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • 3 biji cili padi – cincang
  • 1 senduk kecil cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 100g udang – buang kepala
  • 1 batang lobak merah – sagat kasar (malas nak hiris sebenarnya)
  • 1 batang celery – dadu
  • 3 batang kek ikan – hiris
  • 4 biji jagung bayi – hiris (hahahaha… baby corn ler…)
  • 4 sudu besar EVOO (extra virgin olive oil)
  • garam secukup rasa
  • air panas jika perlu
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan EVOO dalam kuali. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga kuning keemasan, masukkan cili kisar. Masak hingga air kering. Masukkan tomato puri dan sos tiram, kacau sebati biarkan sebentar.
  • Masukkan udang, kek ikan dan sayur mayur apabila terbit minyak. Perasakan garam. Tambah air jika perlu.
  • Masukkan pasta reben dan sebatikan bumbunya. Goreng selama 5 minit.
  • Siap untuk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN