resepi seri muka durian

Dalam banyak-banyak resepi Seri Muka Durian yang pernah dicuba, resipi ini paling kena dengan selera ramai. Hasilnya cukup lembut, lemak berkrim dan tak terlalu manis.

Seri Muka Durian ialah sejenis kuih tradisional Melayu dibuat menggunakan beras pulut yang dikukus bersama santan dan garam bersama campuran isi durian, santan, telur, gula dan tepung.

Resepi Seri Muka Durian yang dikongsikan oleh Yusnira Ahmad sangat mudah dibuat di rumah dan kami yakin anda akan puas hati dengan hasilnya. Jom kita cuba!

Baca juga: 10 Jenis Durian Di Malaysia Yang Popular, No. 5 Tu Ramai Yang Suka!

RESEPI SERI MUKA DURIAN

resepi seri muka durian

Bahan-bahan lapisan bawah:

  • 2 cawan beras pulut (saya guna pulut susu, rendamkan 1 hingga 2 jam)
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam (lebih sedap guna garam KFC)

Cara-cara menyediakan lapisan bawah:

1. Kukus pulut selama lebih kurang 25 minit atau sampai lembut.

2. Setelah masak, gembur-gemburkan pulut agar ia masak sekata.

3. Kemudian padatkan ke dalam loyang bersaiz 8×8 inci.

Bahan-bahan lapisan atas:

  • 1 cawan isi durian
  • ¾ hingga 1 cawan gula
  • 1 biji telur (gred A)
  • 2 cawan santan pekat
  • ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung kastard
  • 1 sudu besar tepung beras
  • Pewarna kuning (2 hingga 3 titis)
  • Secubit garam

Cara-cara menyediakan lapisan atas:

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sehingga halus dan sebati.

2. Tuangkan ke dalam periuk, masak atas api perlahan sambil kacau sampai bancuhan menjadi sedikit likat, tapi jangan terlalu pekat.

3. Kemudian, tuangkan campuran ini ke atas lapisan pulut tadi yang telah dipadatkan.

4. Kukus sampai bahagian atas masak sempurna.

Selamat mencuba!

Sumber: Yusnira Ahmad

Baca juga: Resipi Pengat Bebola Durian, Rasa Lemak Manis Sampai Licin Semangkuk

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN