
Ramai orang tahu cara pilih ketam yang segar dan banyak isi, tapi tak ramai tahu cara simpan ketam dengan betul selepas dibeli. Ketam memang enak dimakan segar, tetapi ada kalanya kita tidak sempat memasaknya pada hari yang sama. Jadi, ia perlu disimpan dengan betul kerana isi ketam mudah rosak, lembik dan berbau hanyir jika dibiarkan terlalu lama.
Dengan teknik penyimpanan yang betul, ketam yang disimpan lama masih boleh dinikmati tanpa menjejaskan rasa atau teksturnya. Cara simpan yang betul bukan sahaja membantu memanjangkan kesegarannya, malah mengekalkan rasa manis dan isi yang pejal apabila dimasak.
Baca juga: 8 Jenis Ketam Popular Di Malaysia, No. 3 Paling Manis & Lembut!
CARA SIMPAN KETAM

1. Simpan Dalam Peti Sejuk (Chiller) – Untuk Masak Dalam Tempoh 24 Jam
Langkah-langkah:
- Bersihkan ketam, buang kotoran dan potong bahagian tajam atau keras pada kaki.
- Cuci bersih dan toskan airnya.
- Lap kering dengan tisu dapur agar tiada lebihan air.
- Masukkan ketam ke dalam bekas bertutup atau balut dengan plastik pembungkus makanan.
- Simpan di bahagian bawah peti sejuk (bukan di bahagian sejuk beku).
Tip tambahan: Letakkan sedikit ais di dalam bekas untuk bantu kekalkan suhu sejuk.
2. Simpan Dalam Freezer – Untuk Simpanan Lebih Lama (1-2 Bulan)
Langkah-langkah:
- Bersihkan ketam seperti di atas.
- Boleh simpan ketam secara keseluruhan atau potong kecil-kecil mengikut kegunaan.
- Masukkan ke dalam plastik ziplock atau bekas kedap udara.
- Labelkan tarikh simpanan untuk rujukan.
Tip tambahan: Jika mahu rasa dan tekstur lebih terpelihara, boleh celur (blanch) ketam selama 1-2 minit sebelum disimpan dalam freezer.
Sumber: MySihat
Baca juga: Tip Pilih Ketam Segar, Manis Dan Banyak Isi, Baru Berbaloi Nak Beli
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














