lempeng gandum

Jika tiada idea sarapan atau minum petang di rumah, boleh buat sesuatu yang mudah seperti resipi Lempeng Gandum ini. Walaupun ringkas, tapi lembutnya cukup memikat selera.

Resipi Lempeng Gandum perkongsian Juliana Jue Cullen di Facebook ini memang sesuai apabila dapur rasa kosong tapi tekak nak makan yang betul-betul sedap. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Lempeng Guna Roti Gardenia, Cepat Siap Dengan 5 Langkah!

RESIPI LEMPENG GANDUM

lempeng gandum

Bahan lempeng:

  • 500g tepung gandum serbaguna
  • 4 cawan air
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 biji telur gred A atau B

Cara-cara membuat:

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk besar, tambah minyak dan air. Kacau ringan.

2. Masukkan tepung sedikit‑sedikit sambil diputar dengan whisk atau blender. Pastikan tiada ketul.

3. Tapis bancuhan (tips penting untuk tekstur licin).

4. Perap 30 minit (lempeng jadi lebih gebu dan tak mudah koyak)

5. Panaskan kuali non‑stick (api sederhana). Sapu setitis minyak.

6. Cedok adunan, tuang di tengah, pusing kuali perlahan untuk bentuk bulat nipis.

7. Apabila permukaan kering dan tepi naik keemasan, balikkan. 1 hingga 2 minit lagi sudah cukup.

8. Ulang sampai habis.

Bahan sambal bilis:

  • 5 biji bawang besar
  • 3 hingga 5 ulas bawang putih
  • Segenggam ikan bilis
  • 2 cawan minyak masak
  • 10 hingga 15 sudu cili kisar
  • 2 hingga 3 sudu besar gula
  • 1 keping asam keping
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Ikan bilis goreng

Cara-cara membuat:

1. Semua bawang dan ikan bilis dikisar bersama minyak.

2. Tumis kisaran tadi sampai pecah minyak dan warna keperangan.

3. Masukkan cili kisar. Terus kacau sampai garing dan warna bertukar merah gelap.

4. Perasakan dengan gula, asam keping, sedikit garam, serbuk perasa jika suka. Biarkan sambal mendidih perlahan 10 minit.

5. Akhir sekali, tabur ikan bilis goreng.

Selamat mencuba!

Sumber: Juliana Jue Cullen

Baca juga: Resepi Lempeng Lembut Tanpa Minyak, Gebunya Bukan Biasa-Biasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN