resepi vadai donut

Kalau anda sedang mencari resepi vadai donut yang gebu dan lembut tanpa soda bikarbonat, tepung atau baking powder, inilah resipi yang wajib dicuba.

Resipi ini hanya menggunakan kacang ulunthu, cili merah, daun kari, garam dan sedikit jintan manis. Namun, hasilnya tetap lembut dan tak keras.

Selain itu, resipi ini juga tak guna bawang untuk elak adunan cepat berair. Sesuai untuk yang suka masak tanpa bahan pengawet, tapi masih nak rasa asli dan tekstur yang cantik.

Baca juga: Resipi Gulab Jamun, Manisan India Ini Sangat Lembut & Cair Dalam Mulut!

RESEPI VADAI DONUT YANG LEMBUT DAN GEBU

resepi vadai donut

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Rendam ulunthu di dalam air dan biarkan selama 6 jam atau semalaman.
  2. Selepas direndam, cuci dan tapiskan ulunthu.
  3. Kisar halus tanpa air. Kalau perlu, renjiskan sedikit air sahaja. (Tanpa campuran tepung, rasanya lebih sedap dan asli.)
  4. Tekstur selepas siap dikisar.resepi vadai donut
  5. Tip gebu: Selepas kisar, simpan adunan dalam bekas bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam.
  6. Keluarkan dari peti sejuk, kemudian masukkan cili merah, daun kari, garam dan jintan manis ke dalam adunan. Gaul sehingga sebati.
  7. Ambil sedikit adunan secukupnya, letakkan di atas plastik yang disapu air (supaya tidak melekat) dan bentukkan bulat serta buat lubang di tengah.
  8. Kemudian, masukkan perlahan-lahan ke dalam minyak panas.
  9. Goreng sehingga bahagian bawah kekuningan, kemudian terbalikkan dan goreng bahagian satu lagi hingga masak.
  10. Angkat dan toskan minyak.
  11. Siap! Hasilnya, vadai yang gebu dan lembut di dalam.

Sumber: Kasturi Seetha Kastur Seetha

Baca juga: Padu Betul Resipi Kari Ayam India Style Ni, Orang Sebelah Cuit Pun Tak Sedar!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN