resepi kek susu

Siapa sangka, dengan bahan-bahan yang ringkas dan hanya menggunakan periuk pengukus, anda boleh hasilkan kek seperti resepi Kek Susu yang cantik rupanya.

Kek Susu ini bukan saja cantik berwarna-warni, tapi juga lembut gebu macam kapas. Selain itu, resepi ini memang sesuai sangat untuk anda yang nak cuba buat kek tanpa oven.

Kami tertarik dengan perkongsian daripada resepi Kek Susu yang dibuat oleh Pokwan Lemang di Facebook kerana hasilnya sangat cantik dan lembut dimakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Minyak Kukus Simple Guna Blender, Hasilnya Tetap Lembut & Gebu!

RESEPI KEK SUSU

resepi kek susu

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • ½ cawan gula
  • ¾ cawan susu pekat manis
  • ¼ cawan susu cair
  • 1 sudu besar ovalette
  • Esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kisar atau mix telur, gula, susu pekat manis, susu cair, ovalette dan esen vanilla.

2. Selepas itu, ayak tepung gandum dan baking powder.

3. Kemudian, masukkan adunan tepung ke dalam bahan yang sudah dikisar atau dimix tadi.

4. Seterusnya, kacau sampai sebati.

resepi kek susu

5. Setelah itu, bahagikan adunan ke dalam beberapa bekas dan isi pewarna pilihan.

6. Kemudian, sapu acuan dengan minyak terlebih dahulu supaya mudah nak keluarkan kek nanti.

7. Akhir sekali, isi adunan dalam acuan dan kukus selama 40 minit. Setelah sejuk, boleh potong. Siap untuk dinikmati.

Tak kisahlah anda baru nak belajar atau sudah lama dalam dunia baking tapi nak buat pencuci mulut yang mudah, jadi resepi Kek Susu ini memang pilihan tepat untuk anda cuba.

Selamat mencuba!

Sumber: Pokwan Lemang

Baca juga: Apam Susu Pandan Dengan 3 Langkah, Hasil Gebu Montok Macam Kek!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN