Menambah variasi masakan udang

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Udang Masak Padprik

Menambah variasi masakan udang

BAHAN-BAHAN

  • 500 gram udang sederhana saiznya
  • 3 sudu besar bawang merah (kisar)
  • 1 sudu besar bawang putih (kisar)
  • 3 sudu besar cili boh
  • 2 sudu besar perahan limau nipis
  • Hirisan daun limau purut (5-6 helai)
  • 1 batang serai diketuk
  • 2 biji lobak merah saiz kecil (dihiris bunga)
  • 9 biji baby corn (dibelah 4)
  • 6 bunga broccoli (dibelah 2)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Setengah cubit serbuk perasa
  • Secawan air suam
CARA PENYEDIAAN
  • Di dalam kuali, panaskan 3 sudu besar minyak masak untuk menumis, bawang merah, bawang putih dan cili boh sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan perahan limau, hirisan daun limau, serai, lobak merah dan tumiskan sebati.
  • Setelah itu, masukkan udang, dan secawan air suam. Kacau sebati sehingga udang hampir masak. Tambahkan garam, gula dan serbuk perasa secukup citarasa saudara/saudari.
  • Sesudah itu masukkan baby corn dan broccoli dan tutup seketika dalam 5 minit.
  • Okay dah siap, enak dimakan panas-panas dengan nasi putih. Erk… Alhamdulillah. Selamat mencuba

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN