kuih bantal

Kalau anda tercari-cari resepi cucur kembung atau lebih dikenali sebagai kuih bantal, inilah resipi yang anda perlu cuba!

Kuih ini sangat sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang dan lebih sedap bila dicicah dengan kari atau sambal.

Resipi ini menggunakan bahan-bahan asas dan teknik mudah. Jom kita lihat cara buat kuih bantal lembut dan gebu seperti jual di pasar pagi!

Baca juga: Resipi Cucur Sayur Guna ‘Air Panas’, Dah Sejuk Pun Masih Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

RESEPI KUIH BANTAL GEBU

kuih bantal

Bahan-bahan:

  • 2 ½ cawan tepung gandum (300g)
  • 2 sudu besar planta (30g) – boleh juga guna minyak masak
  • 2 sudu besar gula pasir (40g)
  • 1 sudu besar yis kering (Mauripan)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 cubit garam
  • 1 cawan air suam (190g)

Cara-cara:

  1. Dalam satu bekas, satukan yis, gula dan air suam. Kacau hingga larut sepenuhnya.
  2. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, planta dan garam. Uli sehingga adunan sebati dan lembut (lebih kurang 8-10 minit).
  3. Peram adunan selama 1 jam 30 minit dalam bekas bertutup.
  4. Setelah diperam, tumbuk-tumbuk adunan untuk keluarkan angin, kemudian uli semula.
  5. Taburkan sedikit tepung atas permukaan kerja dan canai doh hingga leper (jangan terlalu nipis). Tabur sedikit tepung lagi di atasnya.
  6. Potong doh kepada bentuk segi empat tepat saiz sederhana.
  7. Biarkan doh selama 10 minit sebelum digoreng.
  8. Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng doh hingga keperangan dan garing.
  9. Angkat dan toskan minyak.
  10. Siap untuk dihidangkan bersama kari atau sambal kegemaran anda! Selamat mencuba!

Sumber: Nor Misnor

Baca juga: Resipi Cucur Udang Versi Mak-Mak, Tanpa Air Kapur Pun Tetap Rangup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN