resepi taufu fa lembut

Apabila badan terasa penat, pasti teringin makan sesuatu yang menyegarkan. Oleh itu, kami kongsikan resepi Taufu Fa lembut dan paling sedap dimakan dengan air gula yang manis.

Taufu Fa merupakan sejenis hidangan ringan berasaskan kacang soya yang terkenal dengan teksturnya lembut, licin dan sejuk menyegarkan. Namun, ada juga yang suka menikmatinya secara suam.

Siti Zarina Jaidon telah kongsikan resepi Taufu Fa lembut di Facebook yang hasilnya kelihatan sungguh menyelerakan sampaikan ramai mengidam dibuatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Tauhu Rasa Masam Jangan Dibuang, Boleh Sedapkan Semula Dengan Cara Ini

RESEPI TAUFU FA LEMBUT

resepi taufu fa lembut

Bahan A:

  • 500gm kacang soya (basuh dan rendam 5 jam, nak guna lebih kacang soya pun boleh, lagi terasa soyanya)
  • 3200 ml air atau lebih (untuk kisar kacang soya)
  • 3 helai daun pandan

Bahan B:

  • 1½ sudu teh glucono delta lactone (GDL)
  • 1 sudu makan + 1 sudu teh tepung jagung
  • 3 sudu makan air soya yang belum dimasak

Bahan air gula:

*Guna sudu sukatan untuk buat kek.

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kisar kacang soya bersama air dan tapis guna kain cotton.

2. Selepas itu, sukat 3 liter air soya dan letak dalam periuk. Masukkan daun pandan dan didihkan atas dapur (kena selalu kacau supaya tak hangit).

3. Apabila air soya sudah mula mendidih, kena rajin kacau dan pastikan cukup masaknya. Jika tak, jadi kurang sedap.

4. Setelah itu, tapis dalam satu bekas yang mudah dipegang.

5. Sementara tunggu air soya mendidih, campurkan bahan B dan kacau rata.

resepi taufu fa lembut

6. Sediakan satu bekas. Tangan kiri pegang campuran GDL, tangan kanan pegang air soya panas dalam jug (seeloknya ditapis juga biar halus hasilnya).

7. Tuang serentak dalam bekas semuanya. Jangan kacau atau goyang bekas yang sudah siap campur tadi. Biarkan 2 jam atau sampai suam.

8. Sementara itu, boleh sediakan air gula dengan campurkan semua bahan atas dapur, tapis dan sejukkan (buat biar agak manis).

9. Apabila sudah agak sejuk, buang bahagian atas taufu fa, sendukkan dalam bekas dan letak air gula. Siap untuk dinikmati!

Jika anda sudah mencuba resepi Taufu Fa lembut ini dan dapat hasil menjadi, pasti rasa puas hati. Lembutnya macam kain sutera, rasa sejuk dan nyaman apabila masuk dalam mulut.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Zarina Jaidon

Baca juga: Resepi Tau Fu Fah Lembut Dengan 4 Bahan Mudah, Guna Air Kotak Soya Saja

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN