resepi drpd kakakku…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Cheese kek segera
resepi drpd kakakku…
BAHAN-BAHAN
- Bahan A : 250 grm tepung optima /sponge mix, 4 biji telur ayam, 80 ml air ,1 sudu kecil ovalet
- Bahan B : 1/2 buku philadelphia cream cheese dan 1/2 tin susu manis
- Bahan C : 3 sudu besar mentega
- BAHAN HIASAN: keju cheeder kraft untuk di parut.
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan 3 sudu besar mentega hingga cair,sejukkan.
- Masukkan semua bahan A dalam satu adunan dan dipukul menggunakan speed mixer yang tinggi sehingga adunan menjadi kembang keputihan. Kemudian masukkan mentega yang telah dicairkan kedalam adunan dan dipukul sehingga sebati.
- Adunan dimasukkan ke dalam loyang berisi kertas minyak. Oven di panaskan terlebih dahulu sebelum dimasukkan adunan. Bakar dengan kepanasan atas dan bawah 16o o’celsius selama 25 minit.
- BAHAN UNTUK CREAMER MANISAN KEJU: Masukkan bahan B dalam satu adunan dan dipukul sebati dan mengikut citarasa anda..
- Kek yang telah masak dibahagi dua dengan pisau pemotong kek.
Letakkan creamer manisan keju di atas lapisan pertama kek,kemudian tindihkan lapisan kek kedua diatasnya…Lapisan atas dan tepi kek di salutkan cremer manisan keju dan dihiaskan dengan keju cheeder yang diparut sebagai hiasan. - SELAMAT MENCUBA
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.