resepi ayam kunyit berempah

Jika anda sedang mencari lauk simple tapi sedap tak ingat dunia, wajib cuba resepi Ayam Kunyit Berempah versi ekstra kick. Sekali makan, memang boleh buat lupa terus lauk lain.

Resepi ini sesuai untuk semua, sama ada baru belajar masak, ibu yang sibuk bekerja atau pelajar yang duduk rumah sewa. Nak buat lauk cepat, tapi suka masakan mak-mak pun boleh cuba.

Meera Kitchen telah kongsikan resepi Ayam Kunyit Berempah di Facebook yang cukup menyelerakan. Apabila makan lauk ini, pasti bertambah nasi dibuatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Ketumbar Beraroma, Rangup & Wangi Bukan Main Lagi!

RESEPI AYAM KUNYIT BEREMPAH

resepi ayam kunyit berempah

Bahan-bahan perapan ayam:

  • 2 hingga 3 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu kecil serbuk kabsah (pilihan, jika ada lagi sedap dan wangi)
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam secukupnya

Bahan-bahan lain:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, perapkan ayam dengan bahan-bahan yang disenaraikan di atas.

2. Kemudian, hiris kacang panjang, lobak merah, cili padi, cili hijau dan bawang merah besar.

3. Goreng ayam dengan menggunakan api sederhana sampai sedikit garing, kemudian angkat dan toskan.

resepi ayam kunyit berempah

4. Masukkan bahan-bahan hiris tadi dengan menggunakan lebihan minyak goreng ayam tadi dan tumiskan bersama garam secukup rasa.

5. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Siap untuk dihidang!

Resepi Ayam Kunyit Berempah ini sangat mudah dan hasilnya boleh buat keluarga puji berkali-kali. Jika nak lauk pantas yang penuh dengan rasa, inilah resepi yang patut anda cuba.

Selamat mencuba!

Sumber: Meera Kitchen

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Kunyit Basah, Hirup Kuahnya Makin Berselera

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN