Untuk penggemar Classic American Doughnut.MMG SEDAP.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

? Glazed Doughnut

Untuk penggemar Classic American Doughnut.MMG SEDAP.

BAHAN-BAHAN

  • 1 sudu kecil dry yeast
  • 1/4 cwn air panas
  • 1 1/2 cwn susu segar (suam)
  • 1/4 cwn gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cwn shortening
  • 5 cwn tepung gandum / high-protein
  • Minyak yg cukup untuk menggoreng
  • GLAZE :
    1/3 cwn butter |
    2 cwn gula aising |
    1 1/2 sudu kecil vanilla |
    4 sudu besar air panas ( tambah jika perlu)
CARA PENYEDIAAN
  • Taburkan Yeast kedlm air panas dan biarkan 5 minit.
  • Campurkan semua bahan-bahan kedalam mixing bowl dan pukul hingga sebati. (guna tangan pun boleh, tapi lenguh la sikit:P) Mix sampai doh tak melekat pada bowl.
  • Uli doh tadi selama 5 minit.(Lepas geram kat sapa2 time nih…tak rasa penat sangat tgn tu.. hehe).Simpan dalam bowl dan tutup. Biar sampai kembang 2 kali ganda.
  • Tabur tepung ataspapan canai.Canai doh tadi sampai 1/2 inci. Guna Doughnut cutter (acuan donat) untuk potong.Tutup dgn kain dan biarkan hingga kembang sekali lagi.
  • Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan.Make sure dah panas betul,kalau tak nanti donat tu tak cantik dan serap byk minyak. Flip-flip kan dia supaya garing rata.
  • UNTUK GLAZE : Cair kan butter dlm periuk (tak perlu didihkan). Lepas tu, masukkan gula aising dan vanilla.Kacau 2-3 round pastu tutup api. Campur beberapa sudu air panas sampai glaze jadi “nipis”(Tak pekat, tak cair sgt). Celup kan donat-donat tadi mase tgh panas-panas lagi. Pastu susun atas cooling rack bagi lebihan gula drip off. Bila dah sejuk, taddaaaaa! donat yg berkilauan dan sedap!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN