Mee goreng basah yang telah diinovasikan.
MESTI CUBA!!!memang terangkat!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Tomyam Udang

Mee goreng basah yang telah diinovasikan.
MESTI CUBA!!!memang terangkat!!

BAHAN-BAHAN

  • mee kuning 1 paket
  • Udang 10 ekor–lagi banyak lagi sedap
  • 3 sb minyak masak
  • 2 sb cili boh/cili kisar
  • 1 sb sos tiram
  • 3 sb sos cili
  • 2 sb sos tomato
  • 1 sk serbuk pati ayam
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • garam & gula secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit untuk dicampur bersama udang (kalau tak letak pun tak pe)
  • cili merah hidup, limau kasturi & daun ketumbar–untuk hiasan dan penambah rasa
  • air panas 3 1/2 cawan
  • kicap manis 2 sb
  • 4 biji bawang putih & 2 biji bawang merah saiz besar–kisar
  • kiub tomyam Knor–1/2
CARA PENYEDIAAN
  • kisar bahan seperti bawang merah dan bawang putih. panaskan minyak dalam kuali.
  • Sebelum itu, basuhkan mee dan toskan. Basuh juga udang. Udang tak perlu buang kepala. gaul bersama serbuk kunyit.
  • Tumis bawang putih& merah. Biar naik bau baru masukkan udang. Terus masukkan sos cili,sos tomato, kicap,sos tiram, pati ayam, pati ikan bilis, pati tomyam dan cili boh.Tambah gula dan garam secukup rasa
  • Masukkan air panas.Biarkan mendidih.Biar dalam 3 minit. Rasa sikit.takut2 tak masin ke x manis ke.
  • Last masukkan mee tadi.Gaul biar rata. Dalam masa 5 minit dah boleh angkat. Kalau lama, air akan kering..klu air kering tambah sikit.Tapi kena jaga masin dan manis.Boleh adjust dengan tambah kicap dan sos.
  • Hidang dan hiaskan dengan cili merah yang dihiris, limau kasturi dan daun ketumbar/daun sup.
  • ** kalau nak tambah sawi pun ok gak. Boleh gak tambah sotong kalau ada.mesti best..Selamat Mencuba!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN