Resipi Sempena Musim Buah Mangga di Delhi
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Aiskrim Mangga Mango
Resipi Sempena Musim Buah Mangga di Delhi
BAHAN-BAHAN
- 2 biji buah Mangga Alphonso (atau lain2 jenis)
- 3 sudu besar gula kastor
- 1 cawan susu segar
- 200 ml krim segar
- 1/2 tin susu pekat manis
- Sedikit daun pudina untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
- Kupas kulit buah mangga, kemudian ambil isinya sahaja. Masukkan ke dalam mesin pengisar(blenderlah ni)
- Tambah gula ke dalam mangga dan kisar sehingga menjadi puri sekitar 3 minit
- Seterusnya masukkan bahan2 lain; susu segar, krim segar dan susu pekat manis, kisar kesemua bahan sehingga sebati.(Adunan jadi pekat berkrim)
- Masukkan adunan tadi ke dalam bekas berpenutup plastik yang rendah (shallow container) dan masukkan ke dalam peti sejuk, untuk dibekukan selama sekurang2nya 5 jam.
- Setelah 5 jam, keluarkan semula aiskrim yang telah beku tadi dan ulang proses mengisar untuk lebih manghaluskan aiskrim tadi selama 3 minit.
- Selepas itu, tuangkan semula adunan ke dalam bekas asal dan bekukan semula selama kurang lebih 4 jam.
- Selepas 4 jam, aiskrim telah sedia untuk di makan dan boleh dihiasi dengan daun pudina.
- Selamat mencuba.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.