resipi dari ilham maklang azie khas untuk ikan, aku tuka ke Ala-ala

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Padprik Ala-ala

resipi dari ilham maklang azie khas untuk ikan, aku tuka ke Ala-ala

BAHAN-BAHAN

  • 2 kilo ala-ala (basuh dan toskan)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk pecah)
  • 1 1/2 senduk cili kisar
  • *1 senduk sos cili
  • *1 senduk sos tomato
  • *1/2 senduk sos tiram
  • *1/2 senduk kicap pekat
  • *1 sudu kicap manis
  • *1 1/2 sudu sos ikan
    (campurkan semua bahan bertanda *, ketepikan)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 3 helai daun limau purut (dicarik-carik)
  • 2 sudu jus limau nipis
  • Garam jika perlu
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • 1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Kacau dan tumis hingga pecah minyak sket.
  • Masukkan sos campuran, serai dan air secukupnya. Ikut masing-masing nak pekat ke tak ya.
  • Kemudian masukkan Ala-ala. Kacau rata. Tutup kejap 5 – 7 minit dgn tudung kukus, kasik masak serata. Kacau lagi. Bila dah agak-agak masak, boleh masukkan daun limau purut. Kacau.
  • Akhir sekali masukkan jus limau. Terus tutup api. Kacau bagi rasa serata. Siap! Kalau nak tambah sayuran bolehhhhh, terpulang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN