resepi ni… mudah disediakan dan sedap…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

UDANG MASAK LEMAK DENGAN REBUNG

resepi ni… mudah disediakan dan sedap…

BAHAN-BAHAN

  • 500 gm rebung(potong dan rebus terlebih dahulu)
  • 300 gm udang
  • 100 gm cili padi*
  • 2 inchi kunyit hidup*
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 4 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • sebiji kelapa(bahagikan kpd 2 bhg santan)
  • 1 keping asam keping
  • garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Bhn bertanda (*) semua di kisar.
  • Bahan kisar tadi dimasukkan dalam periuk bersama serai dan asam keping dan didihkan seketika.
  • Santan dari sebiji kelapa dibahagi kepada 2 bhg perahan santan.
  • Perahan santan pertama asingkan.
  • Perahan santan kedua dimasukkan ke dalam periuk yang berisi bahan yg didihkan tadi.
  • Kemudian masukkan rebung biarkan mendidih.
  • Setelah semua bahan mendidih masukkan pula santan yang pertama dan juga udang.
  • Perlahankan api sambil itu hendaklah dikacau.Pastikan jangan sampai pecah minyak.
  • Bila ia mula mendidih, tutup api.
  • Sedap dimakan dengan terubuk masin ketika nasi masih panas

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN