masakan popular di negara gajah putih.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
? Pad Siew ?
masakan popular di negara gajah putih.
BAHAN-BAHAN
- Bahan2 untuk perap daging
- 1 sb halia muda – dicincang halus
- 3 biji bawang putih – dicincang
- 1 sb bawang merah – dihiris
- 1 sb tepung jagung
- 1 sb sos ikan
- 2 sb kicap pekat
- 1 sb sos tiram
- 1 sb gula melaka @ palm sugar (boleh juga guna nisan @ gula biasa)
- 1 sk minyak bijan
- 1/2 sk serbuk lada hitam
- 1 sb daun bawang – dicincang
- 1/2 kg daging – dihiris nipis
- Bahan2 lain:
- 2 cwn thai rice noodles @ kue teow
- 2 sb kicap pekat manis
- 1 cwn brokoli – dihiris
- 2 sb sos ikan
- 1 sb gula melaka
- 1 sb sos tiram
- 2 biji telur – dipukul
- 1/2 sk serbuk lada sulah
CARA PENYEDIAAN
- Satukan semua bahan2 perapan & perap bersama dgn daging lebih kurang 1 – 3 jam.
- Rendam rice noodles di dalam air suam selama 3o minit. Kemudian bilas dgn air biasa. Panaskan air dalam periuk. Masukkan rice noodles selama 1 minit. Keluarkan dan bilas dgn air biasa sekali lagi. Toskan. Kalau suka keras sedikit, rendam sekejap sahaja. Bergantung kepada citarasa masing2.
- Letak rice noodles dalam mangkuk dan gaulkan dgn kicap pekat manis, sos ikan, gula melaka & sos tiram. Ketepikan.
- Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak dan goreng daging yg diperap tadi sehingga masak.
- Masukkan rice noodles, & brokoli. Kacau sehingga sebati.
- Buat sedikit lubang ditengah2 kuali, kemudian masukkan telur yg telah dipukul. Tunggu beberapa saat sebelum dikacau sebati bersama dgn noodles & brokoli tadi.
- Angkat dan taburkan sedikit serbuk lada sulah. Hidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.