
Resepi kuih bom bijan antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Rangup di luar, lembut di dalam dan penuh dengan inti kelapa manis yang wangi.
Namun begitu, ramai yang mengaku serik untuk mencubanya sendiri di rumah kerana kuih ini mudah meletup atau pecah semasa digoreng.
Sebenarnya, ada beberapa teknik dan petua mudah yang boleh diikuti untuk mendapatkan kuih bom bijan yang bulat cantik, tidak meletup dan masak sekata.
Dalam artikel ini, kami kongsikan langkah demi langkah penyediaan kuih bom bijan, termasuk petua penting yang sangat membantu untuk memastikan kuih tidak pecah semasa dimasak. Jom kita lihat rahsianya!
Baca juga: Cara Senang Buat Kuih Badak Berendam, Lembut & Lemak Manis!
RESEPI KUIH BOM BIJAN

Bahan untuk kulit:
- 1 paket tepung pulut (500g)
- 1 cawan tepung gandum
- Secubit garam
- Air secukupnya
- Bijan putih
Cara buat kulit:
- Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Gaul rata.
- Tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga doh tidak melekat pada tangan atau bekas.
- Sebelum mula menguli untuk memasukkan inti, pastikan tangan dilumur dengan sedikit minyak agar doh tidak melekat.
- Ambil doh, masukkan inti kelapa, bulatkan dan golekkan dalam bijan hingga rata.
Bahan untuk inti:
- Kelapa parut
- Gula merah
- Gula pasir
- Secubit garam
- Sedikit air
- Sedikit tepung gandum
Cara buat inti:
- Letakkan sedikit air dalam kuali, kemudian masukkan gula merah, gula pasir dan garam.
- Kacau hingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan masak hingga warna kelapa menjadi sedikit gelap.
- Taburkan 1 sudu besar tepung gandum dan kacau rata. Setelah itu, tutup api.
Cara membentuk dan menyediakan:
- Ambil adunan kulit dan bulatkan bersama inti kelapa.
- Golekkan bom dalam bijan hingga rata.
- Setelah siap, letakkan dalam peti ais sekejap, biasanya sekitar 1 jam. Jika lebih lama, tiada masalah, malah boleh membantu mengelakkan kuih meletup semasa menggoreng.
Cara menggoreng:
- Panaskan minyak dengan api sederhana besar.
- Apabila minyak cukup panas, masukkan kuih bom dan kecilkan api.
- Pastikan minyak tidak terlalu panas sebelum memasukkan bom ke dalam minyak.
- Biarkan kuih mengembang dan bertukar warna. Kacau kuih hingga masak dan keemasan.
Tips kuih tidak pecah: Sentiasa kacau kuih ketika menggoreng untuk memastikan ia masak sekata dan tidak pecah.
Sumber: Zuhaidar Mohd Sofi
Baca juga: Resipi Kuih Sagu Pandan, Kukus Macam Ini Memang Lembut Elok
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














