senarai barang dapur

Setiap kali membeli-belah di pasar, mempunyai senarai barang dapur memang penting. Namun begitu, cara memilih bahan-bahan tersebut juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya

Mak-mak dulu ada pelbagai petua dan teknik tersendiri dalam memilih bahan mentah yang segar dan tahan lama. Jom kami kongsikan rahsia mereka dalam memilih barang dapur yang bukan saja berkualiti, tapi juga berbaloi dibeli.

Baca juga: Nama Lain Untuk GULA Yang Ramai Tak Tahu, Jangan Tertipu Dengan Label ‘Free Sugar’

SENARAI BARANG DAPUR YANG WAJIB DIPILIH DENGAN TELITI

1. Udang

senarai barang dapur

Sebelum beli udang, perhatikan bentuknya terlebih dahulu. Jika udang kelihatan lurus, itu tanda ia sudah tidak segar serta dagingnya lembik dan kurang kenyal. Sebaiknya, pilih udang yang melengkung kerana ia lebih segar dan bertekstur kenyal.

2. Bawang putih

Elakkan membeli bawang putih yang kulitnya terlalu terbuka. Kulit yang longgar menandakan bawang mudah rosak dan kurang tahan. Pilih bawang putih yang kulitnya tertutup rapat kerana ia lebih padat dan tahan lama.

3. Tomato

senarai barang dapur

Jangan pilih tomato yang mempunyai 5 helai daun di tangkainya kerana ia cenderung lebih masam dan kurang enak dimakan. Sebaliknya, tomato dengan 6 helai daun lebih sedap, berjus dan bertekstur lembut.

4. Teratai

Teratai dengan 9 lubang lebih rangup dan sesuai dijadikan salad. Jika nakkan yang lembut dan berjus, pilih teratai yang mempunyai 7 lubang kerana lebih sesuai untuk masakan berkuah atau bergoreng.

5. Kubis

Elakkan memilih kubis yang berkepala bulat kerana ia cenderung kurang rangup. Sebaiknya, pilih kubis berkepala tajam kerana ia lebih rangup, manis dan sedap dimasak

6. Halia

Halia basuh nampak bersih, tapi bukan pilihan terbaik kerana rasanya kurang kuat dan baunya tidak wangi. Pilih halia tua dan berkualiti yang belum dibasuh kerana baunya lebih tajam dan rasanya lebih ‘padu’ untuk masakan.

Sumber: TikTok

Baca juga: Tips Simpan Makanan Dalam Peti Ais, Baru Tahan Lama & Tak Cepat Rosak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN