resepi tauhu sumbat

Pantang dapat peluang ke pasar malam, mesti nak cari Tauhu Sumbat. Selepas ini, anda boleh buat sendiri di rumah dengan menggunakan resepi Tauhu Sumbat yang mudah.

Tauhu Sumbat sangat popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura yang diperbuat daripada tauhu goreng, kemudian disumbat dengan inti yang cukup lazat.

Jika belum pernah buat sebelum ini, sekaranglah masanya untuk anda cuba resepi Tauhu Sumbat di bawah dan hasilnya pasti memuaskan. Jom kita cuba!

Baca juga: Lebihan Nasi Impit Jangan Dibuang, Boleh Buat Nasi Impit Goreng Daging Yang Sedap

RESEPI TAUHU SUMBAT

resepi tauhu sumbat

Bahan utama:

  • 10 biji tauhu kering (tauhu pong)
  • 3 biji kentang (rebus dan lenyek)
  • 200g isi ayam atau daging cincang
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • ½ sudu kecil serbuk kari (pilihan, untuk lebih aroma)
  • 1 batang daun sup dan daun bawang (hiris halus)
  • 1 biji telur

Bahan salutan:

  • 1 biji telur (dipukul)
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan kuah kicap:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, belah tauhu dan keluarkan isi tauhu daripada kulitnya, kemudian ketepikan.

2. Selepas itu, panaskan minyak dan masak isi ayam atau daging cincang.

3. Masukkan serbuk perasa, serbuk lada hitam, serbuk kari, isi daripada tauhu tadi, daun sup dan daun bawang.

4. Apabila sudah masak elok, gaulkan dengan kentang sampai sebati.

5. Kemudian, sumbatkan inti ke dalam tauhu yang telah dibelah tadi.

6. Seterusnya, celupkan tauhu ke dalam telur dan goreng dalam minyak panas sampai garing.

7. Akhir sekali, campurkan bawang putih, cili padi dan kicap manis sebagai kuah kicapnya. Siap untuk dihidang!

Video penuh:

@myresipi Resipi Campak Ramadan Raya bersama Chef Naem || Tauhu Sumbat Bahan Utama: -10 biji tauhu kering (tauhu pok) -3 biji kentang (rebus & lenyek) -200g isi ayam/daging cincang -1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa -1 sudu kecil serbuk lada hitam -½ sudu kecil serbuk kari (pilihan, untuk lebih aroma) -1 batang daun sup & daun bawang (hiris halus) -1 biji telur Bahan Salutan: -1 biji telur (dipukul) -Minyak untuk menggoreng #MyResipi #ResepiCampakCampak #RamadanRaya2025 #Tajaan ♬ original sound – MyResipi

Selamat mencuba!

Sumber: MyResipi

Baca juga: Resepi Nasi Butter Dan Daging Masak Hitam, Makan Sekali Terus Rasa Terpikat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN