udang masak berempah

Udang memang salah satu makanan laut yang digemari ramai, tapi kadang-kadang kita tiada idea nak masak apa dengan udang. Jadi, apa kata jom cuba resipi udang masak berempah!

Cara membuatnya sangat mudah dan tidak memerlukan banyak bahan. Jom lihat resipi lengkap di bawah untuk ketahui apakah bahan-bahan yang diperlukan dan cara memasaknya.

Baca juga: Lebihan Nasi Impit Jangan Dibuang, Boleh Buat Nasi Impit Goreng Daging Yang Sedap

CARA MEMASAK UDANG MASAK BEREMPAH

udang masak berempah

Bahan kisar:

  • 10 biji bawang kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • 4 sdm sambal tumis segera
  • 2 inci halia
  • 4 sdm biji ketumbar (direndam)
  • 4 sdm jintan halus (direndam)
  • 10 helai daun limau purut
  • 3 batang serai

Bahan tumis:

  • Air asam jawa
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • 3 sdm rempah kari daging
  • 1 kotak santan (kotak kecil)

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan bahan-bahan kisar.
  2. Tumis bahan sehingg bau dah naik dan hampir pecah minyak.
  3. Seterusnya, masukkan rempah kari, serbuk ketumbar, jintan dan kacau rata semua bahan ini.
  4. Kacau hingga rempah masak dengan baik dan wangi.
  5. Setelah itu, kita masukkan sambal tumis segera yang diperbuat daripada bawang segar dan cili. Ia lebih mudah dan senang.
  6. Bila sambal dah kering dan sebati, masukkan santan dan asam jawa, kemudian kacau hingga semuanya sebati.
  7. Selepas itu, masukkan serbuk perasa untuk menambah perisa.
  8. Masukkan udang dan biarkan seketika, lebih kurang 2-3 minit.
  9. Setelah udang masak, pindahkan ke atas pinggan dan hidangkan. Wanginya memang memikat!

Video penuh:

@myresipi

Resipi campak Ramadan Raya bersama Chef Naem || Udang Masak Berempah Bahan Kisar 10 biji bawang kecil 6 ulas bawang putih 4 sdm Maggi Sambal Tumis 2 inci halia 4 sdm biji ketumbar (direndam) 4 sdm jintan halus (direndam) 10 helai daun limau purut 3 batang serai Bahan Tumis Air asam jawa Gula + Maggi cukup rasa 3 sdm rempah kari daging 1 kotak santan (kotak kecil) #MyResipi #ResepiCampakCampak #RamadanRaya2025 #Tajaan

♬ original sound – MyResipi – MyResipi

Sumber asli: MyResipi

Baca juga: Cara Buat Kuah Lodeh Ekspres, Resipi Mudah Untuk Raya Dalam Kuantiti Kecil

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN