
Sambal gesek ikan bilis adalah salah satu sajian sampingan yang pasti membuka selera. Cara penyediaannya juga sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama.
Nak cuba? Resipi perkongsian daripada Puan Nooris Haris ini antara yang paling sedap. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya di bawah!
Baca juga: Resipi Sambal Ayam Penyet Serba Guna, Makan Dengan Lauk Apa Pun Sedap!
RESEPI SAMBAL GESEK IKAN BILIS GORENG GARING

Bahan kisar:
- Ikan bilis 100 gram
- Cili padi merah 8 batang
- Cili padi hijau 15 batang
- Bawang putih 5 ulas
Kisar kasar tanpa air (jika mahu lebih umph, boleh tumbuk)
Bahan-bahan lain:
- Asam keping 1 keping
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa secukup rasa
Cara penyediaan:
- Mula-mula, basuh ikan bilis dan toskan. Kemudian, cuci cili padi merah dan hijau. Keringkan. Kupas bawang putih. Kisar kasar keempat bahan ini menggunakan pengisar tanpa menambah air supaya sambal nanti lebih pekat dan beraroma.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar bersama asam keping selama 20 minit.
- Perasakan sambal dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa (jika suka) mengikut cita rasa. Sesuaikan jumlah garam dan gula mengikut kemanisan yang diinginkan.
- Hidangkan bersama nasi putih, kicap dan telur dadar. Dijamin selera bertambah!
Kredit resipi dan gambar: CC NoorisHaris
Baca juga: Resipi Sambal Belacan ‘Power’, Gerenti Sedap Sampai Nak Cicah Hari-Hari!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














