kuih lengkong

Kuih lengkong pandan merupakan salah satu pencuci mulut klasik yang sering disediakan oleh golongan ibu dan nenek kita pada zaman dahulu.

Hidangan ini bukan sekadar manisan biasa, tetapi juga membawa nostalgia suasana kenduri pada zaman dulu.

Kini, walaupun pelbagai pencuci mulut moden muncul, lengkong ini tetap mempunyai tempat istimewa di hati ramai orang.

Baca juga: Resipi Agar-Agar Gula Merah, Ini Rahsia Dapatkan Lapisan Santan Yang Tebal

KUIH LENGKONG PANDAN

kuih lengkong

Bahan-bahan:

  • 18 gram agar-agar bertali
  • 5 gelas air biasa
  • 1 gelas gula pasir
  • 1 biji telur
  • 1 gelas santan pekat
  • 1/2 gelas air pandan
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 ketul gula batu
  • 3 sudu kecil pewarna hijau (epal hijau)

Cara-cara:

  1. Mula-mula, masakkan agar-agar dengan 5 gelas air terlebih dahulu. Bila agar-agar dah larut, masukkan gula pasir, air pandan, garam, gula batu dan pewarna hijau.
  2. Kemudian, masukkan santan pekat yang telah dipukul bersama telur.
  3. Biarkan mendidih sehingga ia menjadi pecah-pecah.
  4. Setelah itu, tuangkan ke dalam loyang atau acuan. Biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum disimpan ke dalam peti sejuk.
  5. Setelah sejuk, potong kepada saiz yang disukai dan sedia untuk dinikmati.

Sumber resipi dan gambar: Hajah Zainab Bt Mawan

Baca juga: Resipi Lengkong Sirap Ala Orang Dulu-Dulu, Manis & Sedapnya Tak Cukup Makan Satu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN