mee goreng basah sedap

Kadangkala mood nak masak hidangan selain nasi di rumah, tapi mestilah kena dengan selera. Jadi, kami kongsikan cara masak Mee Goreng Basah sedap untuk anda cuba di rumah.

Dengan rasa pedas dan manis yang cukup mesra, Mee Goreng Basah memang sempurna untuk dinikmati pada bila-bila masa. Senang cerita, takkan ada orang yang menolaknya.

Melalui perkongsian di Facebook, Hajar telah tunjukkan cara-cara masak Mee Goreng Basah yang sedap dan pasti makan sampai berulang kali. Jom kita cuba!

Baca juga: Baru Tahu Boleh Buat Mee Goreng Sedap Tanpa Cili Kisar, Guna Bahan ‘Ini’ Saja

RESIPI MEE GORENG BASAH SEDAP

mee goreng basah sedap

Bahan-bahan:

  • 1 paket mee kuning (dibasuh)
  • Isi ayam (dipotong kecil)
  • Daun kucai (dipotong nipis)
  • 1 biji buah tomato (dipotong kasar)
  • 8 hingga 9 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 10 hingga 20 tangkai cili kering (dipotong, direndam dan dikisar)
  • Kicap manis jenama MUDIM
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 3 hingga 4 sudu besar minyak masak
  • Ajinomoto

Cara-cara:

1. Mula-mula, basuh mee kuning supaya tak berbau kapur nanti.

2. Kemudian, ambil bahagian kepak, peha dan campur sedikit dada ayam dan potong kecil.

3. Selepas itu, kisar cili kering bersama air.

4. Seterusnya, tumis bawang putih yang ditumbuk sampai wangi.

5. Kemudian, masukkan ayam dan goreng sebentar bagi isi ayam nampak putih.

6. Selepas itu, masukkan cili kisar bersama gula, garam, kicap dan ajinomoto (nak bagi warna cantik, kicap kena lebih).

7. Seterusnya, tunggu sampai mendidih.

8. Apabila nampak sudah pekat, rasa sedikit, kemudian masukkan mee kuning dan gaul sebati sampai agak-agak bersalut elok.

9. Apabila kuah agak-agak nak kering, letak tomato dan daun kucai, kemudian gaul dalam 2 minit. Siap untuk dihidang!

mee goreng basah sedap

Tak susah pun nak buat Mee Goreng Basah sedap di rumah. Ikut saja resipi ini, pasti anda dapat hasil yang memuaskan dan keluarga anda pasti seronok menikmatinya nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Hajar

Baca juga: Resepi Mee Goreng Mamak Ala Melayu, Hidang Depan Suami Terus Kena Puji

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN