resepi kuetiau goreng

Buat anda yang ingin menyediakan juadah berbuka di rumah tapi tiada mood untuk makan nasi dan lauk, bolehlah cuba resepi Kuetiau Goreng yang ringkas tapi sedap tak terkata.

Kuetiau Goreng merupakan antara hidangan mi yang popular di Malaysia. Pergilah mana-mana kedai makan pun, pasti ada hidangan ini dalam menu mereka.

Jika ikut resepi Kuetiau Goreng yang dikongsikan oleh Hurun’Iin Malik di Facebook ini, kami yakin anda akan dapat hasil yang memuaskan dan sedap dimakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Kuey Teow Sup Chinese Style, Punyalah Sedap Sampai Hirup Ke Titisan Terakhir

RESEPI KUETIAU GORENG

resepi kuetiau goreng

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, rendam kuetiau dengan air panas sebentar untuk keluarkan minyaknya.

2. Selepas itu, ceraikan helaian kuetiau satu demi satu supaya tak melekat semasa masak nanti.

3. Kemudian, letak minyak secukupnya dalam kuali dan tumis bawang putih sampai bau wangi.

4. Seterusnya, masukkan cili boh dan masak sampai pecah minyak.

5. Setelah itu, masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis secukup rasa.

6. Masukkan pula udang dan fish cake, kemudian kacau sekali.

7. Masukkan kuetiau dan pecahkan telur, kemudian gaul sampai sebati.

8. Akhir sekali, masukkan taugeh dan kucai, kemudian tambah garam. Siap untuk dihidang!

resepi kuetiau goreng

Tak susah pun cara memasak dalam resepi Kuetiau Goreng ini. Tambahan pula jika ada cili potong kicap, lebih bertambahlah nikmatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Hurun’Iin Malik

Baca juga: Cara Masak Kuey Teow Kungfu Di Rumah, Dapat Hasil Kuah Yang Pekat Elok!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN