cara buat sekaya telur

Walaupun pelbagai kuih moden yang ada, namun kuih klasik tetap menjadi kesukaan ramai. Sempena Ramadan, kami kongsikan cara buat Sekaya Telur ini untuk anda cuba di rumah.

Sekaya Telur ialah kuih tradisi kegemaran orang Pantai Timur, terutamanya Kelantan dan Terengganu. Selain tepung pelita, kuih ini juga mudah didapati pada bulan puasa.

Buat anda yang teringin makan dan buat sendiri di rumah, bolehlah cuba cara buat Sekaya Telur yang dikongsikan oleh Syafiqa Aleeya di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Kuih Pulut Sekaya ‘Lejen’, Resipi Orang Lama Ini Ada Petua Bagi Berlemak Elok

CARA BUAT SEKAYA TELUR

cara buat sekaya telur

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, cairkan nisang atau gula melaka bersama air dan daun pandan.

2. Selepas itu, biarkan ia sejuk seketika.

3. Sementara itu, boleh pukul telur dengan perlahan sampai sebati.

4. Seterusnya, masukkan air nisang atau gula melaka yang telah dicairkan tadi bersama garam dan santan.

5. Kemudian, masukkan esen vanilla dan kacau sampai sebati.

6. Setelah itu, tapis adunan ke dalam loyang dan kukus lebih kurang dalam 25 hingga 30 minit.

7. Akhir sekali, cucuk dengan lidi. Jika tak melekat, tandanya kuih sudah pun masak. Siap untuk dinikmati!

cara buat sekaya telur

Cara buat Sekaya Telur cukup mudah dan bahan yang diperlukan juga tak berapa banyak. Setelah buat resipi ini, anda akan dapat hasil yang cukup rasa lemak dan manisnya.

Sekaya Telur merupakan antara kuih klasik yang mudah dibuat di rumah. Senang cerita, orang yang tak tahu buat kuih pun boleh dapat hasil menjadi dengan resipi ini.

Kuih Sekaya Telur sangat sedap dimakan sejuk-sejuk, jadi kami cadangkan anda simpan dalam peti ais selama beberapa jam terlebih dahulu sebelum menikmatinya.

Selamat mencuba!

Sumber: Syafiqa Aleeya

Baca juga: Kuih Sekaya Telur Berongga, Rasa Lemak Manis Gula Melaka Yang Cukup Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN